Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Monday, June 11, 2012

Exam 1


Mata Dahlia yang katup tiba-tiba terbuka. Siling berwarna cokelat dengan lumut-lumut hitam dipandang lama. Jam di tepi meja dikilas. 1.00 pm.
Subuh? Oh. Nasib baik. Period.

Sinar matahari pagi dah mula masuk dalam bilik. Menyinari katil Dahlia yang penuh dengan buku-buku yang terbuka tak bertutup. Kertas-kertas berselerakan atas lantai. Highlighter dan pen berwarna warni bertaburan di atas carpet. Atas katil penuh bertompok warna merah , biru, kuning highlighter akibat dia terlupa nak menutup highlighter dan dakwat bermacam warna itu menceriakan cadar putih miliknya.
Dahlia mengeluh. Sampai bila nak macam ni?
Dia penat. Penat dengan diri sendiri.

Selimut diangkat. Badan mengeliat kiri dan kanan. Alhamdulillah. Allah kasi hidup lagi.
Walaupun dia macam tidur nak mati dan tak nak bangun bangun.
Dia mengeluh lagi. Semalam tidur awal. Pukul 10.10malam. Konon nak bangun awal dan study.
Sebelum tu, House MD Season 8 ditonton. Konon-konon sambil makan , boleh lah rehatkan minda untuk menonton. Ambil mood juga. Tapi entah macam mana, daripada episode satu, terus bersambung ke episode 2 dan 3. Bila jarum pendek tunjuk nombor 10, mata dah mengantuk.
Alamak, tak belajar lagi. Buku warna hitam merah dibuka. 10 kemudian, matanya dah rasa macam kena gam. Takpelah, tidur dulu. Esok boleh bangun awal.

Nah. Sekarang dah pukul 1.00pm. Ya. Bangun awal lah sangat

Bagus lah Dahlia. Hidup macam ni. Kau pergilah berjuta ceramah motivasi, kau tengoklah beribu video-video agama tapi kalau punggung tak angkat, kaki tak berjalan, tangan tak bergerak, mata tak terbuka ,
tak da maknanya.

Buku warna hitam dan merah itu dicapai. Diselak halaman demi halaman. Kejap-kejap halaman depan. Kejap-kejap halaman belakang. Buku warna biru atas meja cokelat itu pun diambil. Diselak juga halaman demi halaman.

Mengeluh lagi. Dan lagi. Banyaknya tak baca lagi!!!
Exam minggu depan. Banyak banyak banyak banyak gileee tak baca.
Dalam imaginasi Dahlia, dia nampak beberapa keping 100 USD yang tiba-tiba mempunyai sayap dan sedang beterbangan. Kemungkinan untuk fail adalah sangat tinggi dan teramat tinggi.

Mana taknya, dia bukannya study. Habis je kelas, PC terus di on. Dan beberapa minit kemudian dia tenggelam dalam perang dunia fantasi itu.

Penat main dota, tangan klik Youtube. Oh ada video barulah dari McDonnell. Layan kejaplah.

List another video for this week dekat table sebelah dikerling.
Eh. Banyak video baru yang best lah.
Usha lah kejap.
Oh. Kejap Dahlia tu maksudnya 2 jam.

Habis je tengok video, nak belajar lah pulak.
15minit belajar. Alamak laparlah. Bila masuk dapur, tiba-tiba rasa nak masak kari ayam.
Oh. Ada rendang best juga. Tapi alang-alang ada rendang, baik buat nasi impit terus.
Dan ya. 2 jam lagi di dapur.
Selepas masak,mestilah makan. Dan semasa makan, mestilah lebih mahsyuk andai diiringi dengan movie yang menarik memaparkan actor Eden Weingfriegh.  Dan waktu makan dia, jadi lebih kurang 2jam juga.
Kiranya tambah tolak buat makanan dan makan, masa diperuntuk adalah 4jam.
Yes. Dah kenyang. Mari belajar. Buku hitam merah diambil dan dibaca. Sakit pula badan baca duduk. Baring sambil baca lah, baru selesa. Dan entah macam mana mata yang terbuka menjadi katup tertutup dalam masa yang kurang 10minit.

Dahlia mengeluh buat kesekian kalinya, apabila memikirkan aktiviti-aktivitnya pada waktu senggang sehari-harian.  Belajar last minute, kan dah jadi macam ni.
Haihh.
Dahlah. Malas lah nak belajar. Kalau nak kena repeat, repeat arh. Biar dia ikat perut  2 bulan nih.
Dahlia terus merebahkan badan ke katilkembali. Headphone dari bawah katil diambil dan dipakai.
Perfect-Simple Plan berkumandang kuat ditelinga.

Exam? Lantak engkaulah.

Dan Dahlia memejamkan mata.

No comments:

Post a Comment