Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Tuesday, April 10, 2012

Masa 1



Ayam goreng itu disiat sikit dan dimasukkan dalam mulut.

"Eh, Stop! Jangan makan lagi! " Orang dihadapan menegah secara pantas dan tegas.

"Eh. Kenapa? Ada masalahh ke dengan ayam ni. Dia tak basuh ayam ? Ke ni tikus ayam?"

Aina dah mula menarik tisu di sebelah. Nak muntah balik ayam tikus ni? eeww
Dulu dia pernah dengar khabar angin yang ayam KFC ni macam ayam tikus dan sebagainya.
Cuak lee.

" Hee. Tak de lah orang nak belikan untuk awak ayam tikus." Afiq tersengih. Rasa nak sekeh je kepala budak kecik depan dia ni.

" Habis, ayam ni tak basuh? " Mata Aina dah membulat. Oesphagus dah rasa nak memuntahkan balik ayam yang baru masuk.

KFC yang kosong tak ada pelanggan tu bergema dengan suara ketawa penjenayah milik Afiq.
" Haha. Ayam tu dah salut dengan tepung mestilah dia dah basuh betul.. Apa lah Aina nii."

" Habis tu apasalll? " Aina dah tensyen. Orang nak makan dia kacau.

" Bacalah doa dulu. Terima kasih kat Allah dulu.  Allah dah kasi makan sedap-sedap terus ngap tak ingat Dia. Banyak cantikkk "  Afiq menempelak. Tangan ditadah ke atas.

Aina tersenyum malu. Sorry. Dan tangan pun ikut menadah ke atas. Mengaminkan doa makan yang Afiq baca.
Berterima kasih kat Yang Pemberi Rezeki.

Usai membaca doa , Aina terus proses mengap balik ayam yang tergendala  sebentar tadi hasil kekhuatiran akan kebersihan serta kualiti ayam tersebut.
Tapi beberapa ketika kemudian, dia berhenti mengunyah.

"Sos cili kat mana eh? " Kepala Aina dah tertoleh kiri dan kanan, cuba mengusha botol merah sos cili Life yang mampu menjadi penambah rasa terbaik di dunia.

" Budak kecik, kat Mesir mana ada sos cili. Sos tomato ade lah. Kalau nak pedas pun, tabasco lah.
Tapi tak tau lah kat KFC ni ada ke tak. "
Afiq bangun dan kaki berjalan ke kabinet yang terkumpul dulang-dulang cokelat, tissue dan sudu garfu.
Mencari botol kecil Tabasco di celah-celah perkakas yang tidak disusun rapi.

 Ceh. Dasar arab, memang bukan pengemas.

" Alaa. Mana syiok makan KFC tak de sos cili Life~ " Kepala dah pergi ke meja. Keciwaaa.

Afiq menggeleng kepala. Sos tomato arab itu diketuk ke kepala Aina.
" Nah amik ni. Makan apa yang ada. Lain kali bawa sos cili sendiri."

Tangan Aina mengambil sos tomato dan dipicit ke atas pinggan. Ayam goreng itu disiat kembali dan dicicah ke sos tomato. Cecah je ayam bersalut sos tomato ke mulut, terus Aina buat muka cemberut.
Tak sedapppp.

Afiq sengih.
" Hah, Buat muka, buat muka Aina.  Buat muka seposen. Siapa nak beli?"

Aina menarik muka masam. Tangan mencuit ayam lagi dan kali ini coleslow diletakkan di atas ayam sebelum memasukkan ke dalam mulut.
Ini boleh tahan tapi coleslaw Cik Saf lagi sedap, lagi fresh.

" Orang rindu coleslaw Cik Saf. Sedapnya coleslaw dia. Lemak and fresh." Aina dah meleh teringat campuran kobis, lobak, dan mayonis yang dibuat oleh Cik Saf. Nikmatnya kalau boleh makan salad tu dengan ayam.

" Pastu dengan mashed potato kan. Mashed potato paling lembut. Dan dia punya gravy paling umph kat dunia!! " Afiq excited bila membayangkan mashed potato and yellow gravy yang paling sedap kat dunia.

"Haaa. Nak balik Malaysia~~" Aina pandang luar tingkap. Langit terang dengan bulan mengambang.
Kat malaysia mesti semua orang dah tidur.

" Haha.. Baru sampai rasa nak balik?" Afiq menempelak.

" I dont know if I could stand ." Aina mengeluh.

" Why?" Afiq angkat kening.

" I dont know. The environment is different. I feel weird. " Muka Aina dah keruh. I wanna go backkk.

Muka Aina yang merah dengan mata yang berkaca itu Afiq pandang lama.
Afiq pun mengeluh perlahan.

Dia faham sangat perasaan Aina. Walaupun dah setahun dia duduk sini, Afiq still tak boleh nak adapt dengan suasana kat sini.
Sama ada tak boleh adapt ataupun tak mahu adapt.

Hidup Afiq bosan kat sini. Dia bosan dengan suasana orang-orang yang bajet baik atau alim.
Dia bosan dengan orang-orang yang konon alim yang sibuk mencari masalah orang lain.
Dan setahun di situ, dia hidup macam orang tak ada life.

Boring.

Sunyi.

Forever alone.

Dan saban malam dia akan skype dengan Aina, mendengar Aina mengeluh tentang betapa susahnya SPM, betapa geramnya dengan Farisha yang selalu pinjam barang tapi tak pulang balik. Dengar Aina punya cerita bila dia menyelamatkan kucing yang terjatuh dalam longkang dan macam-macam lagi.

Dan bila skype denganAina je, Afiq tak rasa foreveralone nya.

Dan sebab itu, Afiq asyik menggesa Aina untuk belajar sungguh-sungguh and apply Mesir.
Untuk teman dia.

And bila result SPM keluar, dan semestinya Aina akan dapat straight 9A+, dan segera dia suruh Aina apply MARA untuk medic ke Mesir.

And now, here is she.

“ Afiq, you hear me right? I wanna go back.” Aina merengek lagi.

Afiq sengih. Aina lagi kuat dari dia.

“Chill babe. Its only for six years. Pejam celik pejam celik nanti dah tahun 6.”

“ Tapi…”

“ Nanti winter break kita balik sama eh? “ Afiq menghabiskan sisa ayam dipinggan.
Bolehlah tahan sedap ayam ni sehingga menjilat jari.

“ Sekarang bulan 9 , winter break bulan berapa?” Aina menghabiskan air strawberry gas di tangan.

“ Winter break bulan 2. Kejap je kan. Aina excel final sem punya exam, nanti kita boleh fly balik. Lepas ni study betul-betul. Tak payah nak masuk apa-apa benda tau”

“ Masuk benda apa?” Aina blur.

“ Korang bukan sekarang ada macam program introduksi ke?” Afiq alih soalan.

“ Hee. Ada. Tapi Aina kan tak suka pergi program-program gitu. Skema.”

Afiq sengih. Perangai budak kecil ni dari sekolah tak berubah-ubah.

Tapi sengih Afiq mati apabila melihat kelibat sekumpulan lelaki masuk ke dalam KFC tu.
Damn.

“ Asal?” Aina bertanya apabila melihat muka Afiq berubah kelat.

“ Gerak jom”  Afiq terus menarik kerusi dan bangun.

Aina dengan muka blur hanya mengikut.


No comments:

Post a Comment