Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Tuesday, July 26, 2011

Kita kawan 1

Kelas habis awal. Tangan cekap memasukkan pencil case dan notebook ke dalam beg sandang. Sebaik sahaja pintu kelas ditutup, kasut sukan yang dipakainya terus melakukan kerjanya.


Lari selagi boleh. Lompat selagi mampu.
Ada misi yang harus dilakukannya hari ini.
Dan akhirnya sampailah dia di penghujung bangunan. Berhenti di depan bilik.

Ada signboard
“ Bilik persalinan ”.

Tombol pintu dibuka perlahan. Sekejap-sekejap kepalanya dialih kiri kanan.
Lagak macam pencuri.
Bilik persalinan itu sememangnya  tak wangi. Bau-bau ketiak masam menjadi perfume khas bilik tersebut. Baju-baju putih yang bertukar warna cokelat bersidai di tingkap. Boxer pelbagai versi warna tersadai dekat sofa lusuh di tepi dinding.

Kepala digeleng perlahan. Rasa macam nak kutuk-kutuk sambil kemas tempat yang merimaskan itu, tapi dia ada misi yang lebih penting.


Kaki beralih ke locker-locker yang tersusun di belakang dinding. Mata meliar mencari sesuatu.



Yes. Jumpa.
“ Ini locker Arif Hilman Bin Azlan. Kau buka aku tumbuk"  . 

Baris-baris perkataan yang terconteng di pintu locker dia baca perlahan.
Haha.. Sekali nama penuh lengkap letak kat pintu locker. 
Lepastu ada hati nak tumbuk?  
Lame sungguh
Eh.
Kenapa tak boleh buka?
Kunci lah pula.

Haha. Ayep. Kau ingat kau boleh sorok dari aku?

Beg sandang dibelakang diselongkar. Rasanya dia bawa kit emergency.

Oh kay,. Jumpa.
Hee. Ayep, Ini Eisyah lah, kau ingat kau lagi hebat dari aku?
Set kit emergency dikeluarkan. Dawai-dawai dan alat pecah masuk rumah dikeluarkan.
Beberapa saat. Terbuka. Senang je.
  
Aaaa.
Terpaku sebentar dia di hadapan locker besi tu.

Locker Ayep terbahagi kepada 2 compartment.
Bahagian atas tersusun dengan buku-buku.
Bahagian bawah tersusun jersi bola, seluar, t-shirt, kemeja, sport shoes dan kasut sekolah.
Beg hitam putih Nike tersangkut kemas di dinding pintu.

Kemasnya!!
Ini ke Ayep yang dikenali.
Tak sangka diam-diam ubi berisi.

Tangan tengok jam. Dah lambat ni. Kerusi di meja tepi dinding diambil.
Kerusi itu dipanjat. Compartment atas perlu digeledah.
Baris-baris buku di perhati satu-satu. Mencari yang sesuatu yang abnormal.
Buku tebal yang penulisnya J. Morrison itu diambil. Rasanya macam ni.
Satu-satu muka surat diselak. Sampai ke bahagian tengah buku, next muka surat maacam digam.
Apasal ni. Something fishy.
Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kasut di hallway yang kosong di luar.
Bunyi tapak kasut berhenti di hadapan pintu.
 Oh kay.Ini bahaya.

Cepat dia turun dari kerusi. Sebelum menutup pintu locker tersebut, dia sempat meletakkan air 100plus di dalam.

Klack.

Bunyi pintu usang itu terbuka. Ada orang masuk dalam bilik .
Okay.
Dia debar. Sangat.

Macam mana kalau itu Ayep.
Memang habis lah dia hari itu.
Memang tamatlah riwayat dia hari itu.
Dia tak nak mati lagi.

Kaki perlahan-perlahan berjalan menjauh dari locker. Kerusi  perlahan-lahan diletakkan di tempat asalnya. Tingkap di atas meja dipandang sekilas.

Ini adalah sasaran terakhir untuk keluar.
                                               

Bunyi tapak kasut semakin menghampiri.

Ok . Eisya.
Get ready untuk buat parkour.

1,2,3!!

Lariiii dan lompattt!



Gedebuk!


Auch!

Dahi tersangkut di atas tingkap. Dan badan tak dapat menampung beratnya yang tentunya tak ringan.
Mata tertutup.
Get ready untuk auch kali kedua.
Dan get ready untuk menerima penamatan riwayatnya hari itu .
Satu saat, dua saat, tiga saat, empat saat.


Eh.
Kenapa tak ada benjol di belakang kepala?

Okay . Belakang badannya ditahan seseorang.
Sakit.
Sebab kena tahan dengan beg yang keras macam batu.
Itu adalah penyelamat atau pengganas?
Dahi sakit sebab benjol.Jantung gerak laju sebab takut.
Yang pastinya hormone adrenaline dia dah banyak dalam darah.
Ini dah dalam kes fight or flight.
Eisya. Fight or flight?!

Dia pilih fight!



“Err. Sakit tak dahi tu?” Pemilik beg keras bersuara.

Eh.
Ini bukan suara garau Ayep. Suara Ayep tak lembut macam ni.
Perlahan badannya dipusing.
Nafas dilepaskan perlahan. Bukan Ayep.
Legaa.

“okay je. Thanks“ Suara control macho.
“ Buat apa kat sini?”
“ Err. Ambil bulu tangkis. Terbang sampai bilik ni. Masuk ikut tingkap ni”
Perlahan tangan tunjuk bulu tangkis dalam beg sandang.
Nasib baik, pagi tadi dia ada latihan badminton before kelas.
“ Dan awak keluar ikut tingkap?”

“ Err. Sebab bukan kena keluar kat mana tempat masuk ke?”

“ Awak masuk ikut tingkap?”Muka terkejut.
Hallway kat luar bising dengan suara segerombolan pelajar lelaki.
“ Oh saya kena pergi. Nanti habis saya kena palang bila orang tahu saya masuk bilik lelaki. 
Jangan bagitau orang ye. Ini rahsia kita tau. “ 

Eisya terus panjat tingkap tu dan pergi sambil tersenyum puas.


Irfan cuma terlopong. 

No comments:

Post a Comment