Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Tuesday, April 10, 2012

Masa 2


“ Panasnyaaa~” Badan dihempas ke atas katil.

Kipas yang berputar siling di amati.
Pening.

Mata dikatup rapat. Rasa angin kipas yang sejuk membawa keluar bahang panas udara di luar.
Lega.

Penat betul hari ni.
Tengah hari sangat panas. Lagi-lagi dengan seledang yang tersarung dikepala dan baju kurung biru muda yang elok terpakai di badan.

Dia tak suka pakai baju kurung, tudung apa tah lagi. Tapi bila kat sini rasa jadi macam makhluk asing je kalau nak sarung Tee and jeans.
Walaupun rambut rasa panas and berkuak dia cuba tahankan je.

Pintu bilik terbuka.
“ Assalamualaikum. I’m back” Mia memberi salam.
Beg galas diletakkan atas kerusi. Tudung bidang 60  berbunga warna hijau muda itu dibuka dan digantung di dalam almari.

Jam tangan ditanggalkan dan di letak dalam laci meja.

Diikuti dengan jubah hijau tua . Dibuka dan digantung disebelah tudung besar itu.
Yang dipakai hanya tee Langkawi dan seluar track suit hitam.

Aina dari atas katil hanya memerhati.
Salam dijawab perlahan.
“ Panas gile kan?”

Mia senyum mengangguk.
“Haah.” Air botol mineral Siwa sejuk yang dikeluarkan dari peti ais tadi dituang ke mug Hello Kitty.
Diminum sedikit. Lega.
“ Tapi Alhamdulillah juga. Baru boleh rasa nikmat air sejuk ni dan angin kipas kat atas ni”

Aina mengangguk.Setuju.

“Nak?” Mug Hello Kitty itu disua kepada Aina.

“ Hee. Sure. Thank you” Aina menghirup air sejuk itu. Woaa. Betul nikmat lah.

“ Best kan? “ Mia sengih bila tengok Aina buat iklan nikmat air sejuk di dunia.

Aina angguk laju-laju.

“ Sebab tu kan Rasulullah doa, Ya Allah kasi lah cinta aku kepada Mu lebih dari cintaku kepada air yang dingin. Cool kan.” Mai berkata excited.

Aina mengangguk faham. Hebat betul kuasa air sejuk di waktu musim yang panas macam ni.

Huarghh. Mengantuk lah pulak. Tidurlah sat.

Giliran Mia pua merebahkan badan ke atas katil MARA.
Fluffy nye. Sedap nya.

“Allahu Akbar Allahu Akbar” Azan Zohor bergema.
Kat Mesir ni kalau azan je mesti saling bersahutan sebab banyak surau.
So memang tipulah kalau kata tak dengar azan.

Mia bergolek ke kiri.
Mia bergolek ke kanan.
Sambil jawab azan.

Alaa. Baru nak tidur. Tapi dah azan.
Katil macam tak nak lepaskan dia bangun.
Tapi Allah dah panggil suruh menghadap.

Mia bergolek lagi. Kekiri dan kekanan.
Nak bangun ke nak baring 5 minit lagi. Penat~

Takpe kot. Rehat itu penting.
Mia membuat keputusan dan terus memejamkan mata.


Tuk tuk tuk. Pintu putih itu diketuk.
Kepala orang bertelekung putih tersembul di pintu.
Aliyah.

“Mia, bangun. Jom solat zohor dulu “Aliyah menggerakkan Mia yang baru sahaja hendak terlelap.

“ Hah?” Mia menggeliat. Malasnya.. Tapi dia tetap bangun dan keluar menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu.

“ Awak.. bangun. Solat zohor sama-sama yokk” Aliyah menggoncang perlahan tubuh manusia di tepi katil Mia.
Nak panggil nama, tak tahu. Sebabnya mereka lain kolej persediaan dan rasanya dia tak nampak pun budak ni semalam masa ice breaking.

Tubuh yang terbongkang tidur itu masih tak bergerak.
“ Awak, bangunnnn.” Goncangan ke tubuh Aina dikuatkan amplitude nya. Tapi taka da sebarang reaksi.

Iqamat dari bilik no. 2 kedengaran.

Takpelah. Solat dulu lah.

No comments:

Post a Comment