Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Tuesday, July 26, 2011

Kita Kawan 2



Pintu tandas itu ditolak kasar.
Masuk yang ini, dah sepuluh kali dia berulang alik ke tandas. 

Penat dan sakit. Rasa macam ada ular berlingkar dalam perut. 
Sakit.

Kepala ligat berfikir. Dia makan apa hari ini. Rasanya pagi tadi, dia makan nasi goreng mama. Sedap je. 
Tak ada unsur-unsur berbahaya. Malam tadi makan dekat Nandos. 
Rasa mustahil food poisoning disebabkan Hot Peri Chicken yang dimakannya. Sebelum-sebelum ni makan okay je. Lagipun nandos tu, standard kebersihannya A .

Apa lagi ye? 
Oh. Tadi lepas basketball practice dia ada minum 100plus botol. Tapi tak kan  lah



Bushh! Tiba-tiba ada hujan atas kepala.

Lencun badannya . 
Basah dek simbahan air dari langit tandas.

“Hoi!! “ Dijerit kuat. Marah. 
Siapa yang nak pedajalkan dia. Nak bangun menyerang, kondisi sekarang tak membenarkan. 

Terduduk dia dalam bilik airDalam kebasahan dia menahan marah dan sakit perut serta sakit hati.

Hachiu! Damn.

- - -


Hahaha
Eisyah gelak golek-golek atas carpet gym. 
Lawak sangat. Teramat.

Macam manalah muka dia yang basah lencun tu.
Haha. Patutnya ambil gambar candid before blah.
Hahaha. Mata dah berair-air. Perut dah sakit gelak banyak sangat.
Sorrylah Ayep. Kau salah orang nak cari pasal.



--- 

Cafetaria sesak dengan orang. Waktu peak kan.
Tapi Eisya still senyum. 
Tray di tangan , penuh dengan makanan. Ada kuey teow hailam, cheese cake, dan 100plus. Dan yang paling best, limited edition pudding caramel .

Kelihatan ada 2 kanak-kanak lelaki saling mengejar.

Apa lah budak kecil ni. 

Tempat yang packed ni pun boleh jadi playground ke? Eisya mengomel perlahan.

Soalannya berjawab apabila budak tu terlanggar Eisya dan seperti dominos orang dihadapannya menjadi mangsa langgaran juga.


“Panas!!”  Jerit orang dihadapan yang kemeja putihnya dah jadi warna cokelat.

“Pudding!!” Eisya menjerit apabila melihat lantai dah makan limited edition pudding caramel. 
Nak nangis rasanya bila nampak pudding tercemar di lantai hitam.
Kalau basuh pun, dah tak jamin kesuciannya.
.
“hoi!! Mata buta ke? “ Jerkah orang dihadapan.

Cafe yang bising jadi senyap.

Ayep.

“ Sorry. ” 

“ Ingat benda boleh settle dengan sorry ke?” Ayep  naik suara. 
Panas kat badan sebab mee hailam dah naik sampai panas kat hati.

“ Budak kecil tu yang langgar orang. Sorrylah”
Mata dah sayu pandang cheese cake dan caramel pudding yang bergelimpangan di lantai.

“ Kau tau tak panas! Melecur dowh!” Ayep tak habis marah lagi.

“ Kau nak aku buat apa. Orang dah kata sorry kan. “ Eisyah dah tak tahan.
Makanannya dah habis sia-sia hari ini. 

Ayep terdiam.

“Kau ikut aku”

Mereka sampai di bilik persalinan lelaki. Ayep masuk. Eisyah membatu kat luar.
Beberapa minit , Ayep keluar dengan kemeja putih cokelat hailam ditangan. 

"Kau buatlah macam mana, pastikan before pukul 3 petang aku Nampak baju tu dah putih bersih dan siap ber iron."
Selepas itu Ayep terus pergi.

Eisyah terkejut. Kemeja yang dah bertukar warna itu ditenung lama. 

Mata beralih ke tandas di tepi bilik persalinan. Ada baldi bawah sinki.

Heh. Nak suruh dia membasuh?  Sorry naik Ferrari.

Dan  kemeja itu dicampak ke dalam baldi.
Senyum sinis.

---

Petang itu hujan lebat. Tapi dia masih redah hujan itu. Terpaksa. Kena balik awal.
Drama Fall in Love pukul 4.30pm.

Hujan-hujan ni kereta banyak lah pulak. Macam mana nak lintas ni.

Splashhh~

Air lecak bercampur air hujan menyimbah muka.
Pemilik Toyota punca penyimbahan itu hanya tersenyum. Sinis.

Eisyah kenal senyuman itu. Kenal sangat. Bibir bergetar menahan sejuk. Tangan bergetar menahan marah.


---


Dan hari ini. Dendam terbalas. Puas hati.
Rasa sakit perut sebab tahan gelak apabila melihat Ayep nak dekat 10 kali keluar masuk tandas.
Muka Ayep tadi sebiji macam muka julap yang dia letak dalam 100plus dalam locker beliau.

Hahaha. Dan Eisyah gelak. 
Lagi dan lagi.


No comments:

Post a Comment