Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Wednesday, July 27, 2011

Kita Kawan 5

Orang macam semut. 
Dari rooftop bangunan yang tinggi itu, orang yang berpusu-pusu keluar dari pagar sekolah 
Nampak macam semut yang sibuk berlari . Kecil betul manusia ni ye.

Hari ini Eisya nak balik lewat. Dia nak balik sampailah semua orang balik. 
Hari ini dia tak nak bertembung dengan Ayep mahupun dengan Irfan.

Dia takut nak berhadapan dengan kemarahan Ayep, 
dia takut nak berhadapan dengan soalan-soalan membunuh Irfan.

Sejam, dua jam dia masih nampak kelibat orang di dataran. 

Kenapa diaorang tak balik lagi? Baliklah.

Sambil tunggu, telinganya bersumbat dengan mp3 dan mata membaca buku biologi
Bosan punya pasal.

Jam yang ketiga. 
Dataran tu sunyi. 

Buku biologi ditutup. Dan kaki pantas menurun tangga. 
Home! Here I come!

Hati berlagu riang sebab terselamat untuk hari ini.

Lalalala~~



Ponn!

Bunyi hon kereta Persona menamatkat lagu riang tersebut. Tingkap kereta terbuka
Irfan.

“Naik.”  Tegas.

“Tak nak” Jalan diteruskan macam tak ada apa-apa

“ Awak nak saya beritahu Ayep yang dia miss someone untuk di spot check hari tu?” Irfan mengugut.

Langkah Eisya terhenti.
“Fine.”




“ Saya punca Ayep mengamuk”

“ Awak curi barang dia”

“ Tak. Ambil. Tapi lepas tu orang tak sentuh pun buku tu”

“Buku ?”

“ J. Morrison.”

“ Kenapa ambil?”

“ Saja.”

“ Awak stalker?”

Kepala rasa nak hantuk kat dashboard.
“Ngeng. Taklah. Ada ke orang yang letak julap dalam 100plus orang yang dia suka?”

“Ehh. Julap? Julap apa ni?” Irfan kerut dahi.



Hari tu Irfan bengang betul dengan Ayep.
Dia dan kawan-kawannya habis kena jadi mangsa kemarahan Ayep.

Setiap pelusuk bilik persalinan Ayep terbalikkan. Habis barang-barang dalam locker diaorang digeledah. 
Bilik persalinan yang sememangnya bersepah itu dah jadi macam lombong sampah kat belakang sekolah.

Baju buku suma bertimbun  dan bergelimpagan.

Kiranya memang haru lah hari itu. Tak pernah dia tengok Ayep mengamuk sampai macam tu.

Barang yang hilang masih jadi misteri. Tengah hari itu, dia jadi pelik dan kesian tengok Ayep.

Dah banyak kali ulang keluar masuk tandas. Dahlah barang kesayangan hilang, lepas tu kena cirit birit. 
Kesian betul.

Masa dia keluar ke tandas untuk jenguk Ayep, kejutannya bertambah kuasa dua. 

Ayep basah kuyup.

Tapi Ayep tak mengamuk meraban. 
Dia cuma diam. Tapi muka dan telinga merah
Tapi aura merah kat sekeliling Ayep boleh dirasa. 

Tanpa banyak cakap Irfan pergi ke bilik persalinan dan ambil jersi bola Ayep. 

“ Paip pecah ke wey?” Tuala kecil dihulur.

Muka dilap.Butang kemeja dibuka.

“ Tak “

Kemeja basah dan jersi bola bertukar tangan.

“ Habis tu macam mana boleh jadi macam ni? “

Jersi bola disarung.
“ Ada orang tak puas hati dengan aku “

Irfan geleng kepala.
“ Siapa yang tak puas hati sampai nak main simbah-simbah air?”

“ Takpelah weyh. Aku gerak balik dulu. Thanx bro sebab tolong.”  Belakang Irfan ditepuk.

“ No sweat”  Irfan cuma mengeluh nasib untuk Ayep. 
Kesian sangat dia hari itu. Dahlah barang hilang, cirit-birit, kena simbah air. Siapa lah yang pedajalkan Ayep agaknya.

  Teringin dia nak tengok orangnya. Berani betul cari pasal dengan taiko.



“ Awak ke penyebab Ayep sakit perut? “Irfan pandang Eisya dengan muka tak percaya.
Kejam betul budak perempuan di hadapannya.

Diam.

“Awak ke simbah Ayep dengan air sampai dia basah lencun?”

Sepi lagi kereta itu.

“ Awak ke yang ambil barang Ayep?”

Muka Eisya dah pucat.

Tangan dah pegang pintu kereta. Dia nak lari.

Jantungnya laju lagi. Badannya sejuk. Dia takut. Takut nak jawab soalan-soalan tersebut.

Pintu itu cuba dibuka. 
Terkunci!

Eisya meneguk air liurnya yang kering.
Tingkap cuba dibuka. 

Terkunci juga.

“ Awak masuk kereta ni guna pintu kan? Bukan tingkap.” Irfan tersenyum.

“ Orang nak keluar lah!” Eisya memberontak. Jangan lah paksa-paksa.

“ Fine. Jawab soalan saya baru saya kasi keluar.” Tegas.

“Tak nak.” Degil.

Nokia mini 97 dikeluarkan. Menekan-nekan sesuatu. Hp diletak ditelinga. 
Beberapa saat kemudian panggilannya berjawab.

“ Yo! Ayep,Assalamualaikum. Kau kat mana”

Muka Eisya dah pucat beku.

“ Oh. Aku kat kereta ni dengan Ei... “

  “Aduh!!” Bahunya dipukul dengan buku biology. Sakit! 
Mata kerling kat Eisya. Kenapa pukul-pukul orang nih?

Eisya letak jari dekat mulut. Shh... Diam la weyh.

Irfan senyum. Nokia 97mini ditutup dengan tangan.

“Awak nak jawab soalan saya atau Ayep?”

“Awak.” Eisya angkat bendera putih.

Nokia itu diangkat balik.

“ Eh. Ayep. Sorry aku kena letak lah. Ade hal penting. Nanti aku call kau balik. Bye”

Dan Nokia hitam itu dimasukkan dalam poket.

“Okay. Now shoot.”

“ Saya yang letak julap dalam 100plus Ayep. Saya yang simbah Ayep satu baldi air. 
Saya yang ambil buku J Morrison Ayep. Tapi buku tu saya dah tak buka pun. Puas hati?”
Eisya tunduk selepas membuat pengakuan. Kaki menguis carpet kereta Persona.

  Dia jadi segan. Segan dengan Irfan. Segan dengan diri sendiri.

“Kenapa awak sanggup buat macam tu?” Irfan pandang Eisya dalam-dalam. 
Rasa macam tak percaya nekad betul budak perempuan di hadapannya.

“ Revenge. “ Pendek.
“ Tapi lepastu orang rasa menyesal. Serba salah” Perlahan. kepala dah tunduk 90 darjah dengan leher.

“ Minta maaf?”

“ Nak. Tapi takut. Takut Ayep.” Terbayang Ayep tarik rambutnya bila dia tak pulangkan gameboy. 
Sakit.


Enjin kereta dihidupkan. Persona itu keluar ke jalan besar.

Berhenti di hadapan bangunan biru Ikea.

“ Jom. “

“ Nak buat apa?”

“ Makan" Senyum nampak gigi. 
“ Kasi tambah energy “

“ untuk?”

“ Confront Ayep”

Haa. Tak nak!! Pintu kereta dipegang ketat. Dia tak nak keluar. Tak nak jumpa Ayep.

“ Jomlah. Bukannya nak confront Ayep kat sini pun. Kita makan kejap. Tambah energy.Energy yang banyak boleh hilang kan rasa takut tau” Irfan senyum lagi.


Dan senyuman itu membunuh untuk Eisyah.

No comments:

Post a Comment