Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Thursday, August 18, 2011

Kita Kawan 12 (end)





“Mak, Eisya keluar dulu. Ayep dah sampai!” Eisyah melaung daripada luar rumah.
Sneakers dari atas rak dicapai dan disarung ke kaki.

Depan pagar dia terhenti apabila Ayep menghalang laluan. Kenapa?
“ Pergi salam Cik Nisa dulu? Cik Afiq ada? Ayep nak jumpa dulu. “ Tangan Ayep menghadang gate besi kuning.

Puan Nisa dan Encik Afiq yang hanya di hadapan pintu tersenyum.

“ Mak, Abah, Eisyah pergi dulu ye. “  Tangan kedua ibubapanya Eisya capai. Pipi Puan Nisa dicium.

Ayep menghulurkan tangan kepada Encik Afiq.
“ Terima kasih Cik Afiq. InshaAllah before pukul 10.00malam Ayep hantar Eisya balik. “

“ Jaga anak cik ni elok-elok. Semoga Berjaya. “ Satu pandangan yang dalam Encik Afiq beri kepada Ayep. Senyum diulas di bibir.

“ InshaAllah. Doakan. “ Ayep balas senyum tapi hati debar.


Pintu kaca itu ditolak perlahan. Ayep membawa Eisya ke meja di penjuru restoran.
Kerusi ditarik Ayep untuk Eisya.

“ Kenapa gentleman sangat ni? “ Eisya duduk atas kerusi.  Kerusi di depankan sedikit bagi sesuai dengan keselesaan.

“ Ayep kan memang gentleman “ Sengih. Kerusi untuk dirinya ditarik. Duduk dan napkin dibentangkan di atas peha.

Seorang pelayan datang dan memberikan menu. Eisyah excited memesan makanan.

“ Ayep kata nak belanjakan? So Eisyah pesan macam-macam jangan menyesal. “
Eisyah buat evil grin.

“ haha. Nak order everything on the list pun tak apa. Ayep kaya. “ Ayep buat muka yakin.

“ Serius? Jangan menyesal. Fine. “ Eisya buat muka kat Ayep. Then, mukanya di alihkan kepada pelayan di sebelah.
“ Mmm. I want sirloin steak , pumpkin soup with cream sauce, blueberry cheesecake, strawberry ice-cream cheese , fries, lemonade and ice water”

Rahang Ayep jatuh. Gila budak ni , melantak ke makan. Goverment hantar budak ni jadi volunteer kat Somalia ke apa. Macam tak pernah tengok makanan.

Eisya senyum lebar bila tengok Ayep jatuh rahang.
“ Oh. Greek salad and bun please.”

Eisya pandang Ayep. Sengih.
“ Ayep order apa?”

“ Saya tak makan banyak macam budak depan ni. Saya nak lemonade , mushroom soup and bun . “

Selepas waiter itu mengulang order dan bergerak meninggalkan meja,  Eisyah pandang straight kepada Ayep.
“ Eh. Tak ada duit ke? “ Eisyah gelak kejam.

“ Jaga badan. Orang makan tak ikut nafsu” Ayat pedas Ayep balas.

“ Hey, orang ikut tuntutan keperluan perut tau. Dah lama tak makan banyak. “

“ Penat eh jadi HO? “

“ Tak payah kata lah. Kadang-kadang orang makan roti gardenia 60 sen je sehari. Lepastu tidur, 2 hari sekali. “

“ Berhentilah kalau macam tu. Nanti tak sempat nak jadi M.O dah sakit-sakit teruk” Ayep dah risau.

“ Penat je orang study enam tahun setengah tambah lagi dengan 2 tahun A level. Tapi ok je InshaAllah. Best jadi doctor ni. “.

“ Apa yang bestnye ? “ Ayep tak faham. Kerja yang penat sangat-sangat dengan gaji yang biasa-biasa sahaja especially untuk H.O . Kalau gaji besar-besar itu untuk specialist tapi tangga nak kea rah specialist pun payah dia macam apa pun.

Waiter datang menghantar mushroom soup and pumpkn soup with buns.

“Best lah. Eisya jumpa macam-macam orang. Boleh tolong orang. Dan perkara tu buat Eisya happy.
Ya. Eisya penat. Tapi entahlah, Eisyah puas. Tu kot orang namakan passion. Maybe. “
Bun di atas pinggan di ambil dan cicah dengan pumpkin soup. Sedap.

“ Tapi Eisyah tahan ke?”  Ayep bertanya.  Tangan menyuap mushroom soup ke dalam mulut.
Ayep teringat satu malam tu EIsyah pernah telefon dia dalam keadaan menangis. Eisyah sedih sangat apabila nenek tua yang selalu dijaganya di wad meninggal dunia disebabkan heart attack. Ayep cuma mampu diam dan mendengar.  Dan dia tak suka tentang itu. Ayep tak suka dengar Eisyah menangis. Sebab hati dia pun sakit.


Eisyah berhenti menyuap bun ke dalam mulut. “ Tak tahu. InshaAllah tahan. Doakan Eisyah ye” Perlahan Eisyah menyuap kembali ke dalam mulut.

Tak lama kemudian, main course sampai. Tapi Eisyah masih sibuk makan blueberry cheesecake.
 Ayep mengambil pisau dan memotong sirloin itu menjadi ketulan-ketulan kecil. Nanti senang nak Eisyah makan.

“ Hee. Terima kasih potongkan. “ Mulut comot Eisyah menjawab. Blueberry cheesecake baru habis.

“ Boleh ke makan lagi?” Tisu lebih disisi meja diberi kepada Eisyah.

“ InshaAllah. Tapi macam banyak sangat lah pula “ Eisyah mengelap mulutnya yang comot dengan tisu.
Sirloin yang Ayep potong tadi Eisya masukkan ke dalam mulut. Sedapp.

“ Tahu pun. Siapa suruh order banyak?” Fries Eisyah diambil dan di suap dalam mululut sendiri.

“ Share dengan Eisyah eh. Nanti tak habis. “ Eisyah dah angkat tangan. Nak minta pinggan lebih.
Pelayan datang.  Ayep terus minta sudu dan garfu tanpa pinggan. Jimat air katanya.

Setelah selesai main course, Eisyah berehat makan. Lemonade diminum sikit.
 Segar.

Tiba-tiba restoran yang terang benderang jadi gelap.

Blackout ke?

“ Ayep, hari ni earth day ataupun tokei restoran ni tak ada duit nak bayar bil elektrik “ Perlahan Eisyah betanya. Dia tak suka gelap. Dan tepatnya adalah dia takut gelap.


Diam.


Tiga saat. Enam saat. Sembilan saat.


Tiada jawapan.


“ Ayep...” Eisyah dah cuak. Garfu diambil dan dicucuh ke depan. Nak rasa sama ada orang lagi tak di hadapan dia.

Tak ada.
Ayep dah tak ada kat depan. Keadaan gelap yang gelita membuatkan Eisyah berdebar. Waiter cuba dipanggil dan tiada sebarang jawapan. Dalam fikiran dia dah ada bermacam-macam imaginasi yang menakutkan.

“ Ayep kat manaa?Jangan tinggalkan Eisyah. “ Eisyah dah nak bangun untuk lari dari tempat tu tapi keadaan gelap sangat dan itu memaksa dia hanya untuk berdiri sahaja.

Ayep di dalam gelap cuma tersenyum. Pemetik api dikeluarkan dari poket dan lilin dalam beg dikeluarkan. Lilin yang berwarna putih itu dinyalakan.

Sebentar sahaja, restoran yang gelap itu diterangi dengan cahaya daripada lilin di tangan Ayep.


“ Ayep tak kan tinggalkan Eisyah. “ Dalam cahaya suram tu Eisyah nampak Ayep senyum .

“ Kalau Eisyah gelap lagi, Ayep akan pegang lilin dengan cahaya, Ayep nak bawa Eisyah keluar dari kegelapan. Kalau tak pun, Ayep nak jadi sumber cahaya untuk Eisyah. “  Ayep dah duduk di depan Eisyah dengan muka yang bercahaya dari lilin.

“ Err. Kenapa cheesy sangat ni Ayep” Eisya da blur

“ Eisyah, boleh tak Ayep jadi lilin Eisyah?” Lilin diserahkan kepada Eisyah.

Eisyah ambil lilin tu dari tangan Ayep. Kalau tak ambil, takut terjatuh.

Seminit, Dua minit, Tiga minit. Eisyah diam.
“ Tapi lilin dia terpaksa bakar diri sendiri untuk kasi cahaya” Eisyah berkata perlahan.

“ Tak apa. Asalkan boleh kasi Eisyah cahaya dan Ayep nampak Eisya senyum “

“ Eisyah tak nak Ayep bakar diri untuk Eisyah. Eisyah tak suka. Eisyah nak Ayep have a good life without sacrifice. “

“ Tapi.. “

“ Lilin bukan satu-satunya sumber cahaya.” Perlahan-perlahan Eisyah meniup cahaya lilin.

Bilik itu gelap kembali.

Kemudian terang kembali hasil cahaya dari emergency light Sony Ericson milik Eisyah.
“ See.  There is another way, you could give light without sacrifice or burn yourself up”
Cahaya lampu dihalakan ke muka sendiri.

“ So could i be light from any lamp or any phone, and you’ll be my charger? “ Kotak baldu ungu pekat ditolak ke hadapan tangan Eisyah.

“ Are you proposing me?” Soalan straight Eisyah kasi. Dia dah tak faham ayat belit-belit ni.

“ Yes. Could you be my wife and lighten my life?” Kotak baldu itu dibuka.
Cincin bertakhtakan permata itu berkilau dalam cahaya suram .

Eisyah terkejut dan terdiam dan tak tahu nak buat apa.
Hatinya berkecamuk.
Dia suka Ayep. Dia sayang Ayep. Tapi dia tahu, perasaan itu tak sampai perasaan yang buat dia rasa nak jadi one part of Ayep.
Ayep kawan dia sejak dari kecil . Walaupun terputus kejap, masa akhir form 4 dia dah rapat balik dengan Ayep sampai sekarang. Dia senang macam ni.

Muka Ayep yang bersungguh di hadapan dipandang lama. 
Ayep baik sangat.
Ayep selalu protect dia dari kecil sampai besar. Dia ingat lagi kes Ayep accident masa nak dekat SPM, sebab nak beli air untuk dia.   
Teringat juga masa dia call Ayep malam-malam masa dia sedih Nek Siti yang selalu dia jaga meninggal dunia dan apabila dia stress sebab asyik kena marah dengan Dr Suriyati yang merupakan M.O nya. Ayep selalu sabar dengar dia stress atau marah-marah atau sedih.
Tapi, still. Eisyah semacam  tau Ayep still not the one.

“ Eisyah?” Ayep bertanya mengharapkan response.

Setelah diam beberapa ketika baru Eisyah membuka mulut. 
“ Eisyah rasa ni bukan satu keputusan yang bagus untuk kita. Eisyah rasa ...”

“ Takpe. Eisyah fikir dulu.” Ayep memotong sebelum Eisyah menghabiskan kata.

“ Erm. Nanti orang buat istikharah .“ Eisyah cuba menyedapkan hati kedua belah pihak.

“ Jom balik.” Ayep yang sudah kelamnya mengangkat punggung .

Eisyah Cuma menurut.


Perjalanan balik itu diam dan sepi macam keadaan kat jerat cina. Radio tak berbunyi.
Ayep memberikan 101% perhatian kepada pemanduan.
Eisyah hanya memandang ke luar tingkap dan melayan perasaan.
Sejujurnya Eisyah sangat berharap keadaan sebegini tak berlaku.

Dulu, before dia fly ke India, Irfan pernah beritahu tentang perasaan Ayep kat dia.
Eisyah ingatkan itu hanya perasaan cinta monyet atau suka-suka zaman sekolah  dan perasaan itu tak akan kekal , sama seperti perasaan Eisyah kat Irfan.
Zaman sekolah dulu, Eisyah memang dah tangkap leleh dengan Irfan. Masa tu, Irfan memang  berjaya buat Eisyah melting habis.
Segala apa yang Irfan buat Eisyah rasa macam awww.
But then, perasaan tu dah semakin lama semakin hilang apabila Eisyah lost contact dengan Irfan.
  Dan masa tu Eisyah sedar, yang apa dia rasa mungkin sekadar hormone tumbesaran ataupun suka-suka . Its not love cause she knows that love never fades.

Dengan Ayep pula, dia memang anggap Ayep lebih dari seorang kawan. Dari kecil sampai besar , Eisyah memang rasa selamat dengan Ayep. Mungkin sebab dia dah bersama membesar dengan Ayep daripada kecil. Walau bagaimanapun, Eisyah masih tak dapat nak rasa Ayep sebagai suami dan soul mate nye. Eisyah tak tahu lah. Eisyah cuma tahu dia sayang Ayep, tapi dia pasti yang sayang itu bukan dalam konteks sayang Romeo-Juliet ataupun Uda-Dara.


Honda itu berhenti di hadapan rumah Eisyah. 
Dah sampai. 
Selepas mengucapkan terima kasih , Eisyah turun dari kereta tanpa memandang Ayep. Eisyah serba salah nak pandang mata Ayep.

“ Eisyah... “ Ayep memanggil Eisyah sebelum Eisyah menutup pintu kereta. Tangannya membuka beg dan mengeluarkan sebuah buku tebal dan diberi kepada Eisyah.
“ This book, now its yours. “
Eisyah menerima buku yang bertulis J.Morrison dengan mata yang tak berkelip.
Biar betul Ayep nak kasi dia buku ni. Bukan buku ni macam buku yang paling precious untuk dia ke?

“ But. Why? “Eisyah bertanya hairan.

Ayep cuma senyum dan mengangkat tangan tanda selamat tinggal.


---



Setelah menukar kepada baju kelawar batik berwarna merah, Eisyah baring terbongkang di atas katil memandang kipas yang berpusing di siling. 

Hee. Pening.

Tapi yang lebih memeningkan adalah apabila dia memandang buku tebal J.Morrison di tangan.
Apa yang membuatkan Ayep beri kat dia buku yang sebelum ni Ayep protect dengan sepenuh hati?
 Takpelah. Tak payah fikir banyak-banyak.

Eisyah bangun dan duduk bersila.  Buku J. Morrison itu diletakkan atas peha.
Bismillah. Perlahan-lahan dia membuka buku itu.
Muka surat pertama dan seterusnya hanya biasa-biasa sahaja tak ada yang menarik.
Kisah tentang penyanyi J.Morrison dari kecil hingga high school.

Cuma di muka surat tengah. Muka surat yang bergam. The seal pages.
There are something inside. Dulu dia tak berani buka, sekarang Ayep dah kasi buku ni kat dia.
Mesti ada something dalam ni.
Eisya bangun dari katil. Pencil case digeledah mencari pisau lipat. 

Jumpa.
Dengan berhati-hati , Eisyah membuka the seal pages.
Di tengah-tengah muka suratitu terdapat lubang empat segi yang di tebuk. Apakah?

Kotak kayu berwarna chocolate.

What the heck? Box in book?

Apa Ayep fikir ni... Eisyah dah geleng kepala.
Kotak kayu yang kecil itu dikeluarkan daripada buku  J.Morrison.
Eisyah  memandang kotak itu lama. Dalam rasa berdebar dan jantung berdegup laju, Eiya membuka penutup kotak kayu itu.

Ada gambar. Banyak. Gambar kanak-kanak kecil. Comel tapi siapa ni?
Gambar  kanak-kanak perempuan yang sedang tidur dengan chocolate comot di bibir.

Eh. 
Itu bukan aku ke masa darjah dua? Eisyah terkejut. Macam mana ada gambar ni kat Ayep.

Gambar lain di ambil. Gambar dua orang kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berebut selipar.

Eisyah sengih. Eisyah ingat tentang peristiwa itu. Ayep nak campak selipar Barbie Eisyah, tapi Eisyah tak kasi , itu yang sampai kes tarik-tarik selipar. Tapi at last, Ayep dengan kuasa  lelaki berjaya mendapatkan selipar Barbie dan mencampakkan ke longkang.

Next photo, rupa Eisyah kecil sedang menangis.
Eisyah gelak masa tengok gambar dia menangis masa kecil. Buruk bebenor.

  Rasanya itu sebab sedih tengok selipar Barbie dah berjaya dicampakkan masuk longkang.
Lepas je tengok Ayep baling dan tepat ke longkang, Eisyah meraung menangis macam apa. Tapi at last selipar Barbie tu Eisyah tak ambil sebab geli.

 Tangan bertukar gambar. Kali ini gambar kanak-kanak lelaki dengan badan comot dengan lumpur. Di tangan kiri terdapat sebelah selipar Barbie yang penuh lumpur. Sebelah tangannya membentuk rupa peace. Senyum bahagia budak lelaki itu seperti Berjaya menang sesuatu.

Ayep ambilkan selipar Barbie itu? Eisyah macam tak percaya Ayep yang pembersih sanggup buat macam tu.

Eisyah ambil gambar yang lain. Gambar masa kanak-kanak lagi.
Itu gambar dia dengan Ayep makan ais krim bersama bawah meja. Eisyah makan chocholate ice cream dan Ayep makan strawberry ice-cream.
Mata  Eisyah bengkak dengan air mata dan hidung merah tapi gelojoh makan ais krim.
Tangan Ayep penuh dengan aiskrim yang mencair, sebab tumpuannya kea rah lain, kea rah Eisyah.

  Tanpa sengaja , Eisyah melihat ke arah belakang gambar. Ada nota.
Cik Afiq tak kasi Eisyah masuk rumah sebab Eisyah balik lambat main dengan Ayep.
Ayep tak suka Cik Afiq sebab buat Eisyah menangis. Tak suka!

Mata Eisyah dah berair. Ayep baik sangat. 
Dia teringat lagi masa tu umur dia 10 tahun. Abah tak kasi masuk rumah sebab dia melanggar perjanjian untuk balik rumah awal. Dia sibuk main dengan Ayep sampai pukul 6.30petang. Masa dia nak masuk rumah, Abah dah kunci pintu. Dia menangis dan merayu minta abah buka pintu tapi abah still tak nak buka pintu. 

Kemudian, Ayep datang.
Ayep ketuk pintu dan melaung cakap dengan abah supaya buka pintu tapi still abah tak nak buka.
Masa tu Eisyah sedih sangat sebab ingatkan abah dah tak mengaku anak.
Setelah 30 minit Encik Afiq tak buka pintu juga, Ayep tarik tangan Eisyah dan pergi balik rumah dia.
Masa tu Kak Cik nampak Ayep bawa Eisyah yang menangis balik ke rumah, Kak Cik kasi aiskrim kat mereka berdua. Ayep bawa Eisyah sorok sambil makan bawah meja sebab tak nak kasi Abang Im nampak. Eisyah dah Ayep tahu masa tu Abang Im suka kacau Eisyah.

Tapi, Eisyah tak sedar bila Kak Cik ambil gambir ni.


Gambar seterusnya adalah gambar masa dia dan Ayep dipantai, sehari sebelum Ayep berpindah.

Ayep dan dia tidur di atas pasir.
Comel je.

Tiba-tiba mata Eisya tertangkap pada seashell di bawah gambar-gambar kotak itu.

Itu seashell yang dia beri kepada Ayep masa Ayep nak berpindah.
Ayep simpan lagi? Bagusnyaa.

Matanya terperasan pada tulisan marker hitam yang samar-samar warnanya.
Eisyah sayang Ayep. Ingat Eisyah tau! –Eisyah comel

Muka Eisyah disembamkan ke bantal.
  Oh My God! Masa kecik dulu aku tulis macam ni ke?
Oh My God! Segannya!!!!!!!.

Badan Eisyah dah guling-guling atas katil.
Maaa... serius segannn. Aduh. Segan. Segan.segan. malu.malu.malu.

-          - -

Air paip yang sejuk itu disapu ke muka. Tahi mata dibuang. Pencuci muka Neutrogena dipicit ke jari sebelum disapu ke muka. Selesai mencuci muka, berus gigi mengambil tempat membersihkan kawasan dalam mulut.
Eisyah melihat pantulan diri sendiri di hadapan cermin. Keluhan kecil dilepaskan.

Mimpi yang sama datang lagi. 
Mimpi yang Eisyah rasa petanda selepas dia solat istikharah sebanyak dua kali. 

Dalam mimpi itu, ada seorang lelaki yang memegang tangannya dan mengangkat dia naik ke sebuah sampan kecil dan membawa dia melalui laut yang jernih airnya dengan bertaburan di atasnya bunga ros, dan daisy yang bermacam-macam warna. Lelaki itu mengayuh sampan dan membawa Eisyah pergi ke arah pelangi.

Eisyah senyum sendiri bila teringat mimpi yang indah itu . Dia rasa sweet sangat.
Tapi.
Senyuman Eisyah mati.
Tapi lelaki tu bukan Ayep.

Dan hatinya semakin kuat, mengatakan bahawa Ayep bukan soul mate nya.


---
Pen di atas meja diambil. Kertas berwarna biru cair dipilih.

Assalamualaikum ,
Ayep, terima kasih sebab sayang Eisyah.
Terima kasih sebab jaga Eisyah dari kecil sampai Eisyah besar panjang ni.
Terima kasih sebab selalu protect Eisyah
Terima kasih sebab selalu ada sebelah Eisyah
Terima kasih sebab segalanya yang tak mampu Eisyah nak cakap.

Ayep bukan orang biasa-biasa untuk Eisyah.
Ayep orang yang special untuk Eisyah.
Dan Eisyah sayang Ayep juga
Tapi maaf Ayep , sayang kita berbeza.

You're special someone in my life,
But you're not the another half of me.

I've tried to have the same feelings u have for me, but i just cant.
I did the istikharah, and I got the answers.
But the man that appeared in my dreams just not you.
I'm sorry.

Love,
Eisyah


1 comment: