Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Tuesday, April 10, 2012

Masa 3





Buku Anatomy Upper Limb diselak laju-laju. Mula-mula selak muka surat depan, kemudian selak muka surat belakang.

Apa blood supply kat bahagian brachial eh?

Brachioradialis , nerve supply die apa erk?

Humerus di tangan kiri di amati lama. Cuba membayangkan kedudukan muscle.

Eh. Jap. Kat mana eh.

Err. Brachioradialis. Origin at end of humerus, insertion dekat…

Man~~ Tak ingat.
Buku itu diselak balik. Macam mana nak tau pasal nerve and blood supply kalau position of muscle pun tak ingat. Apa nih Ainaaa? Mana kebijaksanaan kau masa SPM?

Ah. Jumpa pun

Brachioradialis .
Origin : lateral supracondylar ridge of humerus.
Insertion : Styloid process of radius.
Nerve : Radial nerve (C5,c6)

O la la. Aina, kau memang 'bijak'. Memangla kau tau jumpa insertion of brachioradialis, sebabnya dekat kau ada tulang humerus je.

Aina rasa nak ketuk kepala dekat dinding.

Okay. Styloid process of radius kat mana eh?
Rajah tulang di buku anatomy itu diperhati, cuba dibayangkan tapi tak dapat.
Ala… nak tulang radius tapi tak ada.

How can I study without bone?
How can I live without bone?
Oh bone bone bone
You’re as important as my own blonde
How I wish you blend with my bond
Oh bone~~

Aina dah guling-guling atas katil. Tulang humerus dah jadi mic untuk dia nyanyi lagu bone.
Susah nya anatomy~

“Overseas from coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again…”

Lagu My Love yang berbunyi tiba-tiba dari atas katil itu buat Aina tersenyum.
Macam tau-tau je.

Blackberry dicapai. Muka Afiq bajet macho terpapar di skrin.

“ Afiq, anat susahhhhh” Aina start bercakap dengan mengadu.

Afiq dihujung talian gelak besar.
“Oit. Assalamualaikum.Kasilah orang tegur dulu.Ni terus merengek. Macam budak kecik”

“Hee. Walaikumussalam. Mana ada orang budak kecik. Tapi anat memang susah~” Buku Dr Eman dari atas meja di ambil. Diselak lagi.

“ Semua benda susah. Mana ada benda senang. Standard lah mula-mula susah. Dulu pun Aina kata bawa kereta susah, sekarang kacang tutup mata pun dah boleh bawak kan”

“ Hiperbola lah . Kalau bawa kereta tutup mata memang lah senang. Senang masuk gaung. Mana boleh bawa kereta tutup mata. Apa lahh Afiq ni.”

“ Ala. Lebih kurang lahh.Harini belajar apa?”

“ Mmm. Hari ni ada physiology. Pasal excitation-contraction coupling. Ok lah. Tapi lepastu anatomy.

Doctor tu cakap laju gileee. Mana sempat Aina nak tangkap”
Aina dah terbayang prof Anatomy nye. Cakap pasal muscle-muscle dan blood and nerve supply tak payah tengok slide. Laju je terangkan.
Tapi syok sendiri. Dia buat muka tak faham sambil geleng-geleng pun, doc tu buat bodo je.

“ Yeke. Haha. Takpe. Nanti ulang banyak-banyak kali kat practical. Okay je. Aina kan hebat”

“ Ye la tuu. Dia lagi hebat. Excellent student beb”

“ Cit. Sape bagitau ni? “

“ Adelah. Afiq ni hot stuff tau. Haha” Aina dah gelak-gelak.
Teringat masa dia dengar kawan-kawan bilik sebelah borak dengan senior second year.
Mula-mula borak macam mana nak score exam dan terus masuk kepada pelajar excellent.

Pap,pap dengar nama Afiq Hazmi.

“ Well you know me. Orang hebat memang hot” Afiq angkat bakul.

Aina buat muka.

“ Hah. Buat muka, buat muka, siapa nak beli?” Afiq dah boleh bayang muka mencebik Aina.

“ Biarlah. Muka orang.” Aina geram. Apa benda dia buat semua Afiq tahu.

“ Fine. Buat muka lah. Tapi Afiq baru ingat nak belanja makan PizzaQueen yang besar dan enak dengan rasa udang yang juicy serta cheese yang panjang yang boleh tarik-tarik”

Afiq sengih menyakat. I know she can’t resist this.

“ Pizza?udang ? Nakkkk “ Aina dah terliur.

Haha. Kan dah kata. She is easy.
“ Okayy. Tapi make sure dah revise lecture. Nanti kalau Afiq tanya Aina takleh jawab memang Afiq tinggal awak sorang-sorang.”  Afiq melihat nota atas meja nya. 
Lecture hari ini sudah dia ulangkaji dan buat nota. Tinggal untuk baca sekali lalu topic untuk esok.
Itu boleh baca lepas Maghrib ni.

“ Hah. Revise lecture hari ini? Banyak lahhhh. Anat ni pun tak habis lagi. Nak revise physio lagi?
Agak-agaklah pun Afiq..”  Aina dah mengeluh. Bilangan muka surat physio untuk di revise itu di kira.
10 muka surat bai. Mana sempat.

“ Tak kira. Kalau nak pergi makan, pastikan habis revise. Nanti Afiq datang Mara lepas Isyak”

“ Tapi anat pun orang merangkak lagiii.” Aina tak puas hati.

“ Bawa tulang and module and buku Dr Eman. Nanti orang ajar. “

“ Serius. Yayyy” Aina dah cepat-cepat tutup buku Upper Limb dan terus letak tulang atas meja.

“ Yup. But make sure , Physio punye revision dihabiskan. Nanti Afiq nak Aina terang kat orang.
Faham?”  
Afiq tengok jam. Pukul 4.03 petang.Sempat sangat kalau nak habiskan revise sebelum malam.

“ Baikk. Ok. Bye.”

“ Woa. Terus nak letak phone. Nak gi study eh. Skemaaa” Afiq perli sambil gelak penjenayah lagi.

“ Skema tak skema. Bye” Aina geram. Terus talian dimatikan.

Terus Module 5 Musculoskeleton itu dikeluarkan dari beg Nike.
Yosh. Mari kita membaca.


Selepas solat Maghrib berjemaah di bilik no.2 , Aina cepat-cepat bangun. Dia nak habiskan revision untuk Physio. Lagi 3 muka surat je lagi.

Tatkala dia nak melangkah keluar, tangannya ditarik lembut.
Aliyah.

“ Hee. Aina, jom dengar sharing kejap. 5 minit je.” Aliyah senyum

Err. Aina tengok jam dinding. Baru pukul 7.15pm. Isya’ pukul 8.30pm.
5 minutes. No harm kot.









No comments:

Post a Comment