Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Saturday, August 13, 2011

Kita Kawan 10


“ Adat perpatih merupakan adat yang terkenal di Negeri Sembilan. “
Jari berjalan selari dengan mulut membaca. Mata sudah terpisat-pisat.
Kilang mata aktif mengeluarkan hasil buangan.

“Adat yang diasaskan oleh Tun Perpatih Putih ini lebih mengutamakan kaum perempuan...”
Tangan menutup mulut yang menguap. Mengantuk.
 “ kerana perempuan diangkat tinggi kerana ....”

Dush.
Kepala dah menyembah buku Sejarah Tingkatan 4.

Nak tidur.... Penat baca. Tepu. 

Dia tak faham. Kenapa subjek Sejarah selalu je tak puas hati dengan dia.
Dalam banyak-banyak subjek, dia tak faham kenapa subjek tu tak pernah nak bekerjasama dengan dia.  Dulu subjek add math tak puas hati dengan dia. Tapi setelah dia berusaha, dia dah boleh masuk dengan addmath. Subjek sejarah, daripada tingkatan 1 dia cuba menggoda untuk bersama, tapi tak pernah nak terpikat subjek sejarah itu dengan dirinya.
Nak kata dia bukan otak fakta, dia boleh je masuk dengan Biology. Malah sangat absorb dalam subjek tu.
Risau... SPM lagi 3 hari. Tapi buku Sejarah Tingkatan 4 belum habis dibaca apatah lagi buku Sejarah Tingkatan 5.

Ayep. Bangun. Tahan kejap je. 
Lepas SPM ni , kau nak campak buku Sejarah dalam kotak pun taka pa.
Tahan je lagi 3 hari. Ini peperiksaan sekali seumur hidup. Kau sanggup ke nak repeat Sejarah lagi sekali?

Tak nak!! 

Ayep berperang dengan diri sendiri. Digagahkan kepala untuk bangun. Tahi di mata di cungkil dan dibuang. Tangan menampar pipi kiri dan kanan.

Yosh! 
Mari baca semula.
“ Dari segi harta warisan, Adat Perpatih berbeza dengan adat Temenggor... “

Mata mengantuk lagi. Badan sandar ke kerusi. Buku diangkat dan dibaca kuat.
 “Adat Perpatih akan memberikan harta warisan tersebut kepada anak perempuan dahulu sebelum lelaki.”

Kerusi dijengket sikit ke belakang.
“ Bagi adat Temenggor pula harta warisan itu akan didahulukan kepada pihak le....”

Dang!!!

Bersatu bunyi hantukan kepala dan kerusi ke lantai.

Irfan yang sedang khusyuk membuat Add Math di atas katil terkejut.

“Weyh. Kau okay tak? “ Irfan melompat dari katil. Tangan Ayep ditarik.

Ayep bangun. Tangan kiri mengangkat kerusi kayu yang jatuh, tangan kanan memegang belakang kepala.
Benjol.

Tangan Irfan menekan tempat kat kepala Ayep yang menjadi mangsa hantukan.

“ Aduh! Sakitlah dol! “ Ayep menyeringai.

Irfan angkat tangan. Sorry bro. Curious.

Ayep mencebik. Pantas dia bangun. Pintu almari baju dibuka. Laci nombor empat ditarik.
Safety kit berwarna putih dikeluarkan. Perlahan-lahan kotak itu dibuka. Minyak gamat diambil.

Penutup berwarna merah diputar. Cover keras putih yang menjadi penutup kedua minyak gamat itu cuba dibuka. 

Tak boleh.

Irfan ambil minyak gamat dari tangan Ayep. Dibuka cover keras putih dengan kukunya yang tak berapa nak pendek. Berjaya.
Minyak gamat itu dituang sedikit ke jari. Kepala Ayep diambil. Tangan dah mula nak menyapu ke tempat benjol.

“ Hey. Tak payah lah. Aku buat sendiri lah.” Ayep menepis tangan Irfan yang gatal hendak menyapu benjolnya.

“ Meh aku buat sini. “ Irfan bertegas.

“ Tak payah. “ Kepala dialihkan dari jadi tempat sasaran.

“ Jangan degillah. Bagus sangatlah dengan Eisyah. Dua-dua degil” Kepala Ayep ditarik semula. Pantas jari yang ada minyak gamat itu menyapu tempat benjol. Ditekan sikit.

“ Hoy! Sakitlah. Sapu tak yah tekan. “ Ayep menolak Irfan.

Irfan gelak bila tengok muka Ayep merah menahan merah.
“ Weyh. Jom keluar main.” Irfan menutup buku Add Math di atas katil
“ Kau gila ke? Lagi berapa hari je nak exam. Kau ada masa nak main lagi “ Mata Ayep menjegil ke arah Irfan. Dah kacau orang, lepastu ajak orang main pula.

“ Ala jom lah. Ilmu tak boleh masuk petang-petang. Daripada kau syahid baca buku Sejarah, aku terjun banguna buat Add Math baik kita selamatkan diri rehatkan badan. “ Panjang Irfan membebel.

“ Fine. Jom. Nak main apa?” Tangan menutup buku Sejarah Tingkatan 4. 
Di ambil buku tersebut dan disusun di rak buku sebelah meja. Highlighter yang berwarna warni dimasukkan dalam pencil box. Pensel tekan yang terjatuh dibawah meja diambil dan diletakkan dalam bekas silinder pensel di atas meja.

“ Basketball? “ Tangan Irfan menuding ke bola keranjang di dalam bakul.

“ Tak best main kalau orang tak ramai. Tak nak. “
Pencil box dimasukkan dalam laci bawah meja.

“ Lumba lari? “ Irfan sengih

“ Kau pergilah main lumba lari dengan adik aku”.
Tisu di ambil , dilap meja yang kotor dengan debu pensel dan pemadam. Hasil kotor meja itu dikumpul dan dibuang dalam tong sampah.

“ Badminton?”

Diam

“ Hmm. Bagus gak. Aku rasa aku ada raket lebih. “






Dewan Bandaraya itu penuh dengan orang.  Dalam dewan, court yang selalu menjadi tempat bermain badminton digunakan oleh budak silat. Kebetulan hari itu hari Rabu dan memang waktu itu digunakan oleh budak silat cekak mempraktis silat di dalam dewan.

Irfan mengeluh. Baru semangat nak keluarkan peluh.
takpelah . Main kat luar.
Kat luar pun ramai orang. Sebelah kiri ada budak sekolah rendah bermain galah panjang.
  Sebelah kanan, ada sekumpulan pelajar tengah berlatih err.. lakonan kot. Tak ada rasa nak kacau.

“ Jom ar balik. Orang ramai sangat ar. Serabut. “ Ayep dah pegang lengan Irfan. Ajak balik.

“ Lepak ar dulu. Cuba usha belakang “ Irfan tarik tangan sendiri. Kaki dah menuju ke belakang dewan.

“ Tak payahlah weyh. Baik kita main psp kat rumah...a...”
Dua gadis sedang bermain badminton di belakang dewan.
Eisyah salah seorang.

“...ku...” Terpegun Ayep melihat Eisyah memukul bulu tangkis di udara. Hebat juga budak ni.

Irfan di sebelah dah tepuk tangan.
Limah dan Eisyah yang khusyuk bermain terhenti sebentar apabila mendengar ada orang menepuk tangan.

“ Yo! Nak main jugak “ Irfan angkat tangan sambil sengih kerang busuk.
Ayep dah geleng kepala. Muka tembok betul kawan aku seorang ni.

“ Abang Irfan bukan ada exam ke lusa? SPM kan? “ Limah  angkat kening takjub. Berani betul diaorang ni. SPM lagi 3 hari boleh lagi keluar jalan-jalan.

“ Hee. Badan cergas otak cerdas “ Irfan kasi jawapan skema bahasa Melayu.

Eisyah kutip bulu tangkis dibawah jaring. “ Nah. Main lah dulu. “
 Bulu tangkis diserahkan kepada Ayep.
  
Ayep ambil dan  kepala ditundukkan tanda terima kasih. “ Hmm..Korang dah lama main ke? “ .

“ Taklah. Baru je 5 minit.”

Irfan tengok jam kat tangan. Dah pukul enam petang. Lambat sangat kalau nak ganti-ganti main.
“ Jom buat regu .”

Limah excited. “ Lelaki lawan perempuan?”

Irfan geleng kepala. “ Tak acilah macam tu. Lelaki mestilah kuat lagi.”

“ Hey nak kata perempuan lemah ehhh?” Eisyah pantang betul bila ada orang semacam nak memperlekeh perempuan ni. Zaman dah maju lahh.

“ Perempuan tak lemah. Cuma lelaki kuat lagi daripada perempuan “ Ayep senyum tengok Eisyah.

“ Macam nilah. Apa kata Abang Irfan dengan Limah dan Abang Arif dengan Eisyah.
Baru ada keseimbangan“  Limah kasi cadangan.

“ Cadangan yang bijak . “ Irfan setuju dan mengambil tempat sebelah Limah.

Ayep dan Eisyah angkat kening. “ Keseimbangan mendenya?”


Petang tu belakang Dewan Bandaraya sengit betul dengan perlawanan antara beregu campuran.

Limah – Irfan
Eisyah – Ayep

Semacam pernah main untuk pertandingan bertaraf antarabangsa, sukan badminton yang dimain untuk riadah petang itu menjadi perlawanan yang bukan calang-calang.

Irfan smash kuat ke arah Ayep.

Ayep melompat dan membalas smash. Sama kuat.

Bulu tangkis terbang ke arah Limah. Kuat.

Limah turut terbang bagi menangkap bulu tangkis itu dan seterusnya menampar hebat ke arah Eisyah.

Eisyah. Tak nak kalah. Dihayun raket sekuat hati. Mata melihat langit mencari result hayunannya dan dia berhenti mencari apabila tidak dapat menangkap kelibat bulu tangkis di dada langit.

Eh kat mana?

“ 18-16” Limah laung kuat. Bulu tangkis Eisyah mencecah lantai court di kawasan antara Eisyah dan line putih.

 “ Alaa kenapa ni.... Rasanya orang dah pukul kuat dah tadi “ Eisyah mengomel tak puas hati.
Bulu tangkis di ambil dan dipukul perlahan kepada Limah.

Limah mengambil serve.

“ Memanglah kuat. Pukul angin “ Ayep disebelah gelak. Kaki dan tangan sudah bersedia untuk menerima serangan daripada pihak lawan.

Bulu tangkis yang terbang yang dipukul Limah terbang ke arah garisan antara Ayep dan Eisyah.

“ Biar Eisyah ambil ni “ Eisyah dah ke kanan untuk mengambil serangan Limah.

“ Tak payah. Biar Ayep ambil .. “ Ayep bergerak ke kiri. Tangan sudah biasa untuk menghayun.

Kasut Ayep bertemu dengan kasut Eisyah.

Heyy..

Ayep pandang Eisyah. Eisyah pandang Ayep.

Eisyah tolak Ayep sampai terjatuh dan satu smash diberikan untuk bulu tangkis yang terbang melayang.

18-17

Bagus. Eisyah dah bersemangat. Kali ini giliran dia untuk serve. Tangan kiri pegang bulu tangkis, tangan kanan sudah bersedia untuk memukul.

“ Jap.Ikat tali kasut dulu. Jatuh kang. “ Raket Ayep menahan raket Eisyah di tangan kanan.

“ Malas. Nanti terbuka balik. “  Mata tengok tali kasut warna kuning bersalut cokelat yang sudah terlerai dari tempat sepatutnya. “ Dah. Orang nak serve. “ Raket Ayep ditolak tepi.

Ayep mengalihkan raket dan letak ke lantai court sebelum merampas bulu tangkis di tangan Eisyah.

“ Weh stop jap. “ Ayep tunduk. Tali kasut Eisyah yang bersalut cokelat debu itu diambil.
Masuk lubang kasut, keluar, masuk, keluar,masuk keluar sampai atas , tali itu diikat kuat dan dililitkan di seluar track Eisyah.

Eisyah cuma terpaku apabila melihat Ayep dihadapan sibuk mengikat tali kasutnya yang berjuntai.
Freeze.

“ Haa. Kan dah siap. Nanti tak lah terjatuh. “ Ayep bangun dan menepuk kedua belah tangannya. Mengibaskan debu-debu yang terlekat di tapak tangan.

Dia jadi pelik apabila semua orang menumpukan perhatian kepadanya. Irfan renung dalam. Limah tersengih kerang busuk. Dan Eisyah di hadapan dah jadi freeze macam patung.

“ Aku tau aku sweet. Dah jom main. “ Ayep  gelak. Bulu tangkis itu terus dipukul dan satu mata bertambah dipihaknya.





T-shirt putih yang sudah menjadi lembab dek peluh dikipas kuat. Angin datanglah....
Pergh. Penat betul. Dah lama tak bersukan macam ni. Main macam apa tah.

Lepas je markah persamaan 18-18, masing-masing kedua belah pihak tak nak mengalah.
Irfan kasi smash maut, tapi Ayep pantang ajal sebelum maut, balas smash tornado.
Saling lawan-lawan smash.
Limah dengan Eisyah tak kalah. Mereka yang menjaga bahagian depan masing-masing cukup hebat jadi banteng pertahanan. 

Bila Limah nak dapat markah atas net, Eisyah cepat menghancurkan hajat Limah apabila membalas dengan membuat pukulan jauh.

Last-last group Irfan dengan Limah yang menang. Tapi menang sipi je. 20-21.

Akhirnya semua dah duduk terbongkang atas tanah belakang dewan.
Masing-masing penat.

“ Eh. Korang tak apa ke penat-penat main ni, nanti kena sambung study lagi… “ Limah bertanya concern. Tangan membetulkan tudungnya yang dah senget macam apa tah.

“ Tak apaa. Badan cergas otak cerdas. “ Slogan bahasa Melayu itu Irfan ulang lagi. Badan dah baring atas rumput.

“ Eh. Debar tak nak SPM ?” Limah tanya excited

“ Kau rasa lah nanti baru kau tahu. “ Ayep menjawab. Tangan masih mengibas baju mengharap ada angin yang boleh menyejukkan badan.

Tangannya berhenti mengibas apabila nampak Eisyah diam. Selalu budak ni bising.
“ Eh. Eisyah , kau okay tak? “.
Dia jadi risau bila nampak Eisyah tercungap-cungap menahan nafas. Bibir dah jadi pucat.

Eisyah ambil nafas dalam-dalam. Lepas. Tarik. Lepas.
“ Hauss. Nak airrr.. “ Eisyah merengek. “ Limah, bawa air tak? “ Muka Limah dipandang dengan pengharapan.

Limah geleng kepala. Sorry tak bawa. Ingatkan nak main suka-suka je, tak sangka hari main serius sampai penat.

Ayep bangun.
 “ Jap. Aku beli mineral water kat depan tu. “ Tangan menyeluk poket. Yes. Ada Rm10.

“ Eh. Tak payah. Nanti Eisyah minum kat rumah . “ Eisyah menolak. Dia jadi segan.

“ Tak de. Kau duduk sini.” Ayep mengarah tegas.
“ Irfan kau jaga diaorang. Jangan kasi pergi mana-mana” Muka Irfan yang sedang dibaring dipandang.

Irfan Cuma angkas tangan and thumbs up. Okay boss.

Pintu 7Eleven ditolak kasar. Peti ais yang menempatkan air sejuk dibuka. Terus grab 2 botol 100plus dan 2 botol air mineral. Habis je bayar dia terus berlari keluar.Kesian Eisyah, penat sangat sampai dehydrated.

Jalan raya itu dilintas laju. 


“Bang!!”


Tiba-tiba Ayep rasa badan dia sakit yang sangat. Abdomen depan macam dilanggar sesuatu yang besar dan kuat. Dan sebelum dia nampak gelap, dia terdengar suara orang menjerit nama dia.  Dan Ayep kenal itu suara Eisyah.

Gelap.




“ Kak cik... so..sorry... se..semua... sa... sa..lah..Eis..syah..” Terhinjut-hinjut Eisyah menangis sambil meminta maaf.

Kak Cik yang duduk di sebelah katil Ayep hanya diam. Muka merah bibir pucat. Hidung merah dengan hingus. Mata pun merah juga dengan sisa-sisa air mata.

“ Ka...lau.. kalau.. Eisyah tak minta air, mesti.. A..yep.. tak.. jadi macam ni “ Eisyah menangis lagi.
Menyesal sangat.

Bila tengok Ayep yang tak sedarkan diri kat sebelah hatinya jadi sedih dan sakit sangat.
Jadi rasa benci kat diri sendiri. Kalau diri tak lemah. Kalau dia tegas halang Ayep dari belikan air.
Kalau dia tak gedik minta air. Kalau dia tak main dengan Ayep. Kalau dia tak jumpa Ayep.
Kalau. Kalau. Kalau semua ni tak berlaku, Ayep mesti tak jadi macam ni.
Kalaulah dia boleh putar masa, kalaulah dia boleh menghentikan masa ,kalau dia boleh tolak waktu.
Semua kalau. Dan Eisyah tahu, kalau itu maksudnya meaningless.
Makin jatuh air matanya. Sedih. Sangat.

Kak Cik pandang Eisyah di hadapan yang menangis tak berhenti. Dia jadi lagi sedih.
Bahu Eisyah dipeluk. Kuat. Eisyah yang mengongoi di bahunya di tepuk lembut.
Suara Eisyah meminta maaf tenggelam timbul dengan  tangisan. Eisyah mumbling tak jelas dalam menangis.
“Takpe.Perkara dah jadi. “ Belakang Eisyah diusap perlahan.

“ Ta..pi. Ka.. Kalau..Eisyah.. tak.. gedik.. mintak air mes..ti. “

“ Shh.. Dah. Tak baik kata kalau.. Dah takdir.” Kak Cik menenangkan.

Ayep yang terbaring di atas katil hanya membatu. Ayep dengar suara tangisan Eisyah. Ayep dengar suara teresak-esak Kak Cik,tapi Ayep tak mampu nak buat apa. Ayep cuba buka mata, tak boleh.
Berat sangat. Jadi telinganya hanya mampu menadah, dan hatinya hanya mampu rasa sayu mendengar tangisan dua orang yang dia sayang.


No comments:

Post a Comment