Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Wednesday, July 27, 2011

Kita Kawan 4

Dah 5 bulan dia tak pergi cafeteria. 
Dah 5 bulan dia lalu jalan jauh semata-mata tak nak lalu depan kelas Ayep.
Dah 5 bulan dia tak lepak gym. 
Takut masih menghantuinya.

Tempatnya di sekolah hanya kelas. 
Dia akan datang dan balik seawal mungkin. 
Tengah hari hanya makan bekal yang dibawa dari rumah. 
Cuma hati terkilan sebab tak dapat makan caramel pudding limited edition.

Hari ini menu bekalan tengah hari adalah roti dan peanut butter. Itu je yang sempat dibuat pagi tadi.

Rasa macam nak mengeluh. Tapi tak jadi. Sebabnya, bagus juga dia hanya duduk dalam kelas. 

Boring-boring, dia study. Dan hasilnya memberangsangkan. Result nye untuk test bulanan meningkat dengan banyak. Dan hari itu, result final exam keluar. Dia termasuk dalam top 5.
Cikgu-cikgu pun terkejut. Mana taknya. Budak paling corot, tiba-tiba dapat top 5.

Eisya hanya tersenyum bila kawan-kawan dan cikgunya bertanya rahsia kejayaan.
Rupanya dia pandai je. Cuma sebelum ni malas. Banyak main.

Terima kasih la Ayep. Somehow, kau jadi sumber kejayaan aku. Hee :)

Pintu kelas diketuk. 
Lelaki yang mengetuk berjalan masuk. Dan berhenti di hadapannya.

“ Tolong kasi kat Limah file ini. Dia AJK Multimedia kan” 
File bertukar tangan.

Nametag di kemeja sempat dikecam.

Irfan. 
Oh. Itu ke nama orang yang dia terkantoi dekat bilik persalinan 5 bulan lepas.

“ Okay.” Muka tunduk. Tangan sibuk melukis graf.

Nafas lega dilepaskan apabila Irfan beransur pergi.

Irfan pusing belakang tiba-tiba “ Awak Aisyah Amirah kan?”

Rasa nafas jadi terputus tiba-tiba.“ Err. Ye. ”  

“ Awak ada buat apa-apa kat selain ambil bulu tangkis dekat bilik hari itu?”

Garisan graf jadi bengkok. Terkejut.
“ Hah?”

“ Esoknya, Ayep mengamuk. Dia kata barang dia hilang. Habis kitaorang kena dengan dia”

“ Jadi?” Eisya buat muka innocent.

“ Kitaorang semua dah kena spot check. Dan barang itu still tak ada. Ayep mengamuk sebab ada orang pecah masuk bilik itu. Dan saya rasa awak je saya Nampak termasuk bilik tu”

“ Awak tuduh saya?” 
Eisya teringat buku tebal J. Morrison yang diambil tapi tak disentuhnya selepas kejadian mengerikan dekat gym. Dia serba salah.

“ Tak. Sebab itu saya tak bagitau diaorang. Tapi awak still jadi suspek. Saya cari juga awak, entah macam mana tak berjumpa. Ni dah terjumpa, sebab tu saya tanya” 
Panjang lebar Irfan jawab.

Eisya serba salah. Orang depan dia ni still tak beritahu orang lain pasal dia pecah masuk bilik persalinan itu.
Teringat Eisya peristiwa di gym menakutkan. Dia berjanji untuk minta maaf dekat Ayep kalau dia selamat. Tapi sejak hari itu, berjumpa Ayep pun dia cuba elak, minta maaf apatah lagi.

Dia bukan tak kenal Ayep. Kenal sangat. 
Ayep kawan dia masa kecik-kecik dulu. 
Jiran sebelah rumah sebelum Ayep pindah ke Taman Sentosa masa mereka darjah 6  .

Masa kecik-kecik dulu selalu main dengan Ayep. 
Main galah panjang. 
Baling selipar. 
Lawan PlayStation.
Kacau Pak Cik Leman depan rumah.
Letupkan mercun bola dalam kole.
Dan macam-macam lagi.

Tapi Ayep garang. Eisya teringat masa Ayep tarik rambutnya bila Eisya ambil  pinjam gameboy Ayep untuk sehari tanpa kebenaran. 

Terbayang selipar kesayangannya lecak apabila Ayep baling selipar ke dalam longkang busuk. 
Sebabnya Eisya terbaling selipar jepun Ayep kat lecak tanah. 

Ayep kejam.

Eisya bukan sengaja pun. 
Lagipun itu selipar jepun je. 
Selipar dia selipar Barbie. 
Cantik.

Dia berjumpa Ayep balik masa masuk SMK Abdul Azim itu masa tingkatan 5. Tapi, Ayep macam tak pandang dia pun. Buat dia macam orang yang stranger amat. Sakit hati rasa.

Sebab tu dia tanpa takut-takut buat misi balas dendam kat Ayep.
Dendam yang terbuku lama rupanya.
Tapi bila dah buat jahat kat Ayep, dia dah jadi macam kucing yang sorok bawah dapur.

 Takutt. Ayep garang.

  Cuba cerita apa yang berlaku sebenarnya. Saya tak bagitau orang lain” Irfan angkat tangan. Janji.

“ Kenapa nak tau?”

“ Curiosity, Nak cari punca sebab sebenar kami jadi mangsa tempias Ayep.”Sinis.

Eisya ketap bibir. Nak tipu ke tak. Dia dah tipu Irfan sebelum ni rasanya tak ada masalah untuk tipu lagi. Tapi kalau tipu nanti Allah marah. Hidup tak berkat.

Tapi dia tak nak jawab. 
Dia tak nak bagitau. 

Takut. 

Boleh tak kalau nak buat-buat pengsan?
Tak pun buat-buat hilang ingatan. 
'Eh. Siapa kau, siapa Ayep. Dia tak kenal. Ya day a da yada'

“Eisyah....”

Kring!!! 
Bunyi loceng menandakanwaktu rehat dah tamat. Hallway dah start bising. 
Bunyi-bunyi orang kenyang perut suka hati dan nak masuk kelas.

Irfan mengeluh.
Fine. 
Dan dia terus keluar dari kelas.

Dan Eisya hanya menghantukkan kepala ke meja.
Dang~

No comments:

Post a Comment