Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Saturday, August 13, 2011

Kita Kawan 11


Siling putih direnung lama. Badannya menggigil sejuk. Aircond kuat sangat.  Tekaknya kering. 

Ayep rasa macam terperangkap dengan kutub utara je.

Posisi badan cuba diubah untuk keadaan yang lebih selesa tapi dia rasa berat untuk menggerakkan kaki.  Kaki kanannya berbalut besar dan digantung .

Pandangan dialihkan. Ada orang sedang tidur menyembamkan muka di sisi katil.

Kak Cik?

Dalam susah payah , Ayep memanjangkan tangan dan menarik lengan baju orang yang tidur itu.

Eisyah yang sedang tidur terjaga apabila merasa lengannya seperti ditarik seseorang.

Ayep.

Air mata Eisyah mengalir laju. Bibir terkumat kamit mengucapkan hamdalah. Ayep dah sedar !

“ Se..jukkk..” Ayep menggigil.

Pantas Eisyah bangun dan mencapai remote aircond. Dinaikkan suhu mencapai 21 darjah.

“ Air. Ha.us. “. Tekaknya yang kering dan sakit memaksa Ayep untuk merengek.

Eisyah mencapai jug di atas cabinet di tepi katil. Tangan kiri mengambil mug.  Tangan kanan menuang air suam di dalam mug sebelum disuakan kepada Ayep.

Ayep meneguk air suam itu rakus. Geluk geluk geluk. Bunyi air menuruni oesophagus.
 “ Lagi. “ Mug disuakan kepada Eisyah minta diisi.

Mug itu diisi lagi dengan air dan diberi kepada Ayep.

“Tisu.” Ayep minta sambil minum air lagi. Haa. Lega dah tekaknya.

Eisyah tunduk membuka laci bawah, mencari kotak tisu.
 Tak ada.
Pintu washroom disebelah dibuka. Selalunya cleaner simpan tisu kat washroom kan?
Haa. Jumpa. Atas sinki ada satu kotak tisu  Klenex.
Kotak itu dibawa keluar dan disua kepada Ayep.

Ayep ambil sehelai, dua helai tisu.
“ Nah. Lap air mata tu. Jangan nangis dah. “ Tisu itu disuakan kembali kepada Eisyah.

Eisyah menangis lagi kuat bila Ayep buat macam tu.
Ayep, janganlah baik sangat.
  “Ayep, so..sor..sorry. Se..sebab Eisyah Ayep ja..di macam ni “ Eisyah menangis sambil minta maaf.

“ Shh. Dah.. ni bukan salah Eisyah la.”

“ Tapi kalau “

“ Tak baiklah kalau kata kalau. Dah. baik jangan nangis. Ayep tak suka tengok Eisyah nangis. “

“ Ma..af.”


Ayep kerling jam di tangan Eisyah.  Pukul 9.00am. Dah hari Ahad.  Lagi 2 hari nak SPM.
Risau kot. Sejarah banyak tak cover lagi. Nak baca macam dah tak larat dan malas.
Perlahan Ayep mengeluh.
 
Mata tiba-tiba ternampak buku sejarah tingkatan 4 atas meja tepi tingkap.
“ Buku siapa tu? “ Ayep muncungkan mulut dan mengarah ke tepi tingkap.

“ Oh. Buku Eisyah. “ Eisyah ambil buku tu. Dipegang ke dada.

“ Baca ke? Bukan korang dah habis exam ke? “ Ayep pelik.

“ Baca sebab suka. Bukan sebab exam. Sebab sejarah best. Dia macam buku cerita yang menarik. “
Eisyah cakap dengan bersemangat. Mata dah besinar.

Ayep punya rahang terjatuh. Buku Sejarah yang macam ubat tidur ni dia boleh kata macam buku cerita menarik ke. Buku sejarah mana ada cerita pasal Naruto atau One Piece . Tak ada yang menariknya.
“ Kau ingat ke apa yang kau baca tu?” Ayep angkat kening.

“ hee. Mestilah. Orang dah khatam buku ni 5 kali kot “ Eisyah buat peace. Bangga.

Rahang Ayep jatuh lagi besar.
“ Serius ? kau dah khatam. Sampai 5 kali? “ Mata Ayep membulat. Tak percaya.

“ Yup. “ Eisyah senyum.
Ayep diam.  Bagus juga kalau orang yang gila sejarah depan dia boleh cerita kat dia isi kandungan buku sejarah tu. So dia tak perlu baca, tak perlu tidur, tak perlu sakit hati dalam membaca buku teks sejarah itu.
Eisyah yang sedang membelek buku sejarah itu dipandang lama.
Alangkah bagusnya kalau dia boleh mendapat khidmat bantuan Eisyah.
Tapi dia segan. Haha.

“ Nak Eisya ajar and cerita tak pasal NMTB ? “ Eisya menawarkan. Dia baru baca ni tadi. Dan rasa excited sampai nak cerita kat orang.

“ Nakkkkk “ Ayep punya muka dah bercahaya. Pucuk dicita ulam mendatang.Ni tak boleh lepaskan peluang mendapat khidmat pengajar.

Jadi, pagi hingga ke malam Eisyah mengajar dan bercerita dengan Ayep tentang Sejarah Tingkatan 4.
 
Daripada awal tajuk  tentang tamadun manusia hinggalah tajuk akhir bab tentang dasar british terhadap ekonomi negara . Memang marathon sejarah lah.
 
Tengah hari tu, Irfan datang . Niat di hati mula-mula nak singgah melawat kejap je, tapi bila dia tengok ada kelas sejarah tidak formal dalam wad hospital SJMC itu, dia pun join sekali.
 
Seperti Ayep, rahang Irfan jatuh 2 kali bila tengok Eisyah bercerita dan ajar tentang Sejarah tingkatan 4. 

Nama tempat peristiwa serta tarikh disebut lancar oleh Eisyah.
 
Tangan Irfan dah tabik spring.
 
Sambil EIsyah bercerita , setiap sejam mereka akan buat latihan.
Kiranya memang complete lah tutorial Sejarah pada hari itu. Dah tak perlu nak buka buku teks sejarah itu lagi.

Pukul 9.00malam tutorial sejarah Eisyah tamat. Semua topic dalam buku teks tingkatan 4 itu sudah habis cover. Masing-masing muka penat.

Eisyah dah kesat dahi yang tak berpeluh. Dia pun rasa penat. Haa. Walaupun dia suka subjek sejarah, tapi ini first time juga dia ajar orang secara marathon.
Tapi Alhamdulillah tengok Irfan dan Ayep macam faham.
 
Selepas Eisyah solat Isyak di surau hospital SJMC, dia singgah kembali ke bilik Ayep dan tengok Ayep dah tertidur.
 
Bila nampak Irfan yang solat di tepi katil, Eisyah keluar. Segan. Tak tahu kenapa.
 
5 minit, 6 minit, 7 minit. Pintu wad dibuka. Irfan.

“ Jom balik. Saya hantarkan. “ Irfan keluar. Topi hitam disarung ke kepala.

“ Kejap. Nak ambil beg “ Eisyah menolak pintu wad kembali. Beg merah jambu di atas kerusi tepi katil diambil.

“ Ayep dah solat?” Eisyah bertanya apabila melihat Ayep sudah tidur nyenyak dibuai mimpi.

“ Dah. Subjek sejarah tu memang berat untuk dia. Tu la habis je kelas awak tadi, dia terus minta saya ambilkan wudhu dan dia terus solat. Habis je salam terus dia rebah. Hahaha “ Irfan tergelak sendiri bila teringat muka Ayep macam lepas lari 500 meter.

Eisyah tergelak juga sebab teringat masa dia ajar, Ayep ada unsur-unsur nak tidur lepastu dia pergi libas tangan Ayep dengan gulungan kertas putih.  Sorry lah Ayep. Involuntary reaction. Sengih.



Perlahan-lahan kereta Persona itu bergerak meninggalkan perkarangan SJMC.
Jam di trafik hadapan hospital.

“ Makan mapley nak tak? Saya laparlah “ Irfan bertanya. Tangan pegang perut dan muka buat muka kesian.

“ Tapi saya dah kata dekat Mak dan Abah yang saya akan balik sekarang. Dahlah malam. Nanti diaorang risau. Kalau saya pergi juga nanti kena marah. Nanti bila kena marah saya kena ... “
Eisyah dah kelam kabut sendiri.

“ Nak handphone “ Tangan kiri Irfan yang bukan di stereng menadah kepada Eisyah.

“ Nak buat apa ? “ Eisyah jadi ragu tapi still handphone Sony Ericson itu bertukar tangan.
Kereta Persona bertukar ke line kiri dan berhenti di tepi jalan.

“ Nak call abah awak “ Jari Irfan dah lincah menekan keypad mencari nombor rumah Eisyah.
 Cantik.
Jumpa. 03- 55456742 .

“ Tak payah “ Eisyah dah menarik handphone nya tapi dah terlambat.

“ Helo,Assalamualaikum.  “ Suara garau dari Sony Ericson kedengaran.

“ Walaikumussalam. Abah Eisyah ke ni? Saya Irfan ....” Irfan buka pintu kereta dan bercakap di luar.
 
Eisyah dah muka protes.
Nak dengar juga apa dia cakappp.

5 minit kemudian, Irfan masuk kereta dengan senyum iklan darlie.

“ Abah awak kasi, jom. “ Sony Ericson diserahkan kembali kepada Eisyah.

Eisyah bulat mata. Takkanlah!! Sony Ericson itu ditekan lagi keypadnya. Mendail nombor rumah  dan beberapa saat kedengaran suara garau abah dari corong handphone.

“ Assalamualaikum. Abah. Abah kasi ke Irfan bawa Eisyah pergi makan ni. Dah malam abah.”  Eisyah kerut dahi tak percaya.

“ Walaikumussalam. Takpelah. Pergilah makan. Kamu penat kan ajar diaorang daripada siang sampai malam. Lagipun mak dah kemas dapur. “

“ Abah kasi ke Eisyah pergi makan dengan lelaki waktu malam ni “ Eisyah angkat kening walaupun dia tahu abahnya tak nampak.

“ Dengan Irfan kan. Dia pernah datang rumah dengan Ayep kan.. Lagipun kamu pergi makan mapleykan. InshaAllah okay”

“ Aye aye sir. Nanti Eisyah makan banyak-banyak untuk abah.  Hee “

“Tapi lepas makan terus balik tau. Jangan nak melencong mana-mana. Dahlah. Mahal kang bil telefon. Bye. Assalamualaikum“

Bila talian diletakkan Eisyah pusing 90 darjah kea rah Irfan.
 
“Macam mana awak buat abah saya kasi keluar makan waktu malam dengan awak. Saya nak keluar pergi Secret Recipe pukul 8.00malam dengan Limah pun abah saya tak kasi. Ni dengan awak, senang-senang je kasi? “

“ Siapa kata senang. Taklah senang sangat. “

“ Habis tu?”

“ Mula-mula masa saya beritahu, abah awak macam tak kasi. Tapi lepas saya beritahu awak mengajar saya dan Ayep dari pagi, baru dia nak kasi. “

“ Apa yang buat abah betul-betul kasi?”

“ Bila saya kata saya kawan baik Ayep dan pernah datang rumah awak. Lepastu mak awak menyampuk. Dia lah yang cerita kat abah awak pasal saya. “

Mulut Eisyah dah berbentuk O . Dan kepala dianggukkan.

“ Tapi, nampak sangat family awak sangat percaya kat Ayep. Sebut nama Ayep terus kasi permission”

Eisyah Cuma diam dan angguk.
























No comments:

Post a Comment