Headphone dibuka dan diletak atas meja.
Beg digantung di sisi dinding bilik.
T-shirt Green is Earth dibuka , dikibas sebelum digantung dengan hanger di ampaian tepi almari.
Seluar jeans Levis diganti dengan seluar tiga suku Asadi.
T-shirt Green is Earth dibuka , dikibas sebelum digantung dengan hanger di ampaian tepi almari.
Seluar jeans Levis diganti dengan seluar tiga suku Asadi.
Headphone di atas meja dipakai kembali. Buku J. Morrison diambil dari beg.
Dan Ayep mencampakkan diri di atas katil. Kipas yang putih tanpa debu hitam dipandang lama.
Pening. Tapi entah dia terasa hendak merenung kipas yang berputar.
Piano My memory- Winter Sonata di telinga.
Dan Ayep mencampakkan diri di atas katil. Kipas yang putih tanpa debu hitam dipandang lama.
Pening. Tapi entah dia terasa hendak merenung kipas yang berputar.
Piano My memory- Winter Sonata di telinga.
Teringat peristiwa kat rumah Eisyah. Dia rasa serba salah bila buat perempuan tu menangis.
Walaupun dia tau, itu bukan sepenuhnya salah dia. Cuma entahlah.
Ayep pun tak faham. Kenapa dia rasa hati sakit bila tengok budak kecik tu menangis.
Walaupun dia tau, itu bukan sepenuhnya salah dia. Cuma entahlah.
Ayep pun tak faham. Kenapa dia rasa hati sakit bila tengok budak kecik tu menangis.
Sebelum pergi, Eisyah sempat bertanya.
“ Kenapa kat sekolah Ayep tak pernah nak tegur orang?”
Ayep diam. Seminit.
“ Saje. Tak tau nak tegur apa.”
“ Taklah. At least buat muka kenal.Ni pandang pun tak. Kalau pandang pun buat bodoh. Macam Eisyah stranger dari planet Venus je. “
“ Sorry. Ayep balik dulu. Kirim salam kat Cik Nisa ye. “ Ayep pusing belakang cepat.
Dia rasa muka dia merah.
Cepat-cepat dia sarung sneakers chocolate putih. Irfan yang tengah sibuk berdrama dengan ikan koi terkejut apabila lengan dia ditarik kuat oleh Ayep.
Dan tak sampai 3 minit, Toyota Ayep dah hilang dari rumah kuning itu.
Dan tak sampai 3 minit, Toyota Ayep dah hilang dari rumah kuning itu.
Dalam kereta Irfan soal macam-macam. Dan Ayep Cuma buat muka cool.
“ Dah settle prob kau dengan Eisyah?”
“ Dah “
“ Dia kawan kau masa kecik kan, rapat eh?”
“ Boleh lah”
“ Kenapa kau tak pernah cerita kat aku “
“ Perlu ke?”
“ Tapi kenapa kau buat boo layan dia?”
“ Saja.”
“ Kau tak suka dia eh “
“ Dahlah weyh. Aku dah dapat barang aku. Settle. Jangan nak bising-bising dah.”
Selepas itu Irfan cuma membisu.
Lagu di telinga bertukar. Owl City – Sunburn mengambil tempat.
Ayep mengeluh. Dia bukan tak suka Eisyah. Dia bukan tak ingat Eisyah.
Dia bukan nak anggap Eisyah strangers. Jauh sekali alien. Malah opposite dari itu.
Ayep mengeluh. Dia bukan tak suka Eisyah. Dia bukan tak ingat Eisyah.
Dia bukan nak anggap Eisyah strangers. Jauh sekali alien. Malah opposite dari itu.
Teringat masa dia darjah 6. Dia mengamuk bila dapat tahu dari Abi yang diaorang berpindah ke Singapore sebab Abi ditukarkan ke bank Cimb kat sana.
2 hari sebelum mereka Ayep bangun awal.
Pagi-pagi sebelum Abi dan Umi bangun,Ayep kumpulkan semua selipar dan kasut di dalam beg plastic hitam. Terhinjut-hinjut dia naik tangga dengan beg plastic hitam yang besar penuh berisi dengan high heels Umi, wedges Kak Cik, Adidas Abang Im, Selipar Jepun, Kasut kerja Abah.
Semua lah.
Kemudian, perlahan-lahan beg plastic hitam itu diseret melalui hadapan bilik Umi dan Abi.
Pintu bilik Ayep dibuka.
Tilam yang berat itu diangkat. Kayu-kayu yang menyokong berat tilam di alih ke tepi.
Susah payah beg plastic hitam itu diangkat dan diletak di dalam bawah katil. Selimutnya di ambil, dan dibalut plastic hitam itu supaya tak ada orang perasan.
Susah payah beg plastic hitam itu diangkat dan diletak di dalam bawah katil. Selimutnya di ambil, dan dibalut plastic hitam itu supaya tak ada orang perasan.
Habis je misi tu, dia terus tidur.
Siang itu keluarga Encik Azlan jadi haru biru.
Semua rahang terjatuh bila tengok rak putih yang sepatutnya jadi tempat isi kasut jadi kosong.
Tak ada satu pun kecuali sepasang selipar hitam putih kecil milik Ayep.
Semua rahang terjatuh bila tengok rak putih yang sepatutnya jadi tempat isi kasut jadi kosong.
Tak ada satu pun kecuali sepasang selipar hitam putih kecil milik Ayep.
Encik Azlan dah naik darah bila tengok kasut hitam crocodile tak ada tempat yang sepatutnya.
Hari itu dia ada meeting yang penting sebelum dia berpindah ke Johor. Dan hari itu jugalah kasutnya tak ada.
Hari itu dia ada meeting yang penting sebelum dia berpindah ke Johor. Dan hari itu jugalah kasutnya tak ada.
“ Umi, mana snickers Im? “ Imran tunduk mencari bawah kereta Honda. Mungkin terperangkap kat bawah.
“ Umi, Kak Cik tak jumpa wedges akak yang hitam putih tu. “ Kak cik selongkar kotak kasut Vinci di bawah rak. Kosong.
“ Mana kasut Abi? Selipar Abi? Kenapa semua tak ada?” Abi dah naik suara.
Umi yang dari dapur terkocoh-kocoh ke luar. Dia jadi pelik. Dan makin pelik bila tengok sepasang selipar kecil di atas rak kasut yang kosong.
Umi senyum.
Pantas kaki Umi memanjat tangga. Semua ikut. Sampai depan bilik Ayep, semua tengok Ayep duduk disisi katil.
Tidur.Dengan air liur basi mengalir turun, mengigau.
“ Ayep tak nak pindah... Ayep na main..”
Perlahan Umi mengejutkan Ayep.
Dan Ayep jadi takut bila semua orang mengelilinginya.
Muka garang Abi.
Muka resah Abang Im.
Muka blur Kak Cik.
“ Ayep, mana kasut kitaorang? Ayep letak mana?” Umi tanya lembut.
Ayep diam. Mata pandang lain. Tak nak pandang mata Umi. Mata Abi lagilah tak nak pandang. Takut.
“ Ayep, Abi nak pergi kerja. Dah lambat. Ayep ada ambil kasut Abi?” Tegas Abi tanya.
Mata merenung Ayep. Jangan cari masalah.
Ayep diam lagi. Tangan menggigil pegang cadar katil. Kuat.
Abang Im penat berdiri. Katil Ayep jadi tempat duduk.
Ayep jadi furious.
“ Abang Im, jangan duduk sini. Duduk tempat lain. Bangunn” Tangan Imran di tarik.
Kak Cik jadi pelik. Ayep tak pernah halang orang duduk atas katil. Dia sendiri selalu je tidur dan baca buku atas katil Ayep.
Pantas dia terfikir sesuatu. Kak cik menolong Ayep menarik tangan Imran.
Ayep menarik nafas lega.
Tapi kejap je, sebabnya nafas jadi semacam terhenti bila nampak kak cik pantas mengangkat tilam.
Tanpa sempat dihalang,Kak Cik perasan ada sesuatu di bawah katil.
Selimut putih Ayep membalut sesuatu.
Ditariknya selimut. Plastik hitam di bawah selimut dikeluarkan.
Plastik hitam itu dibuka.
Kasut!
Kasut dia, Abi, umi, Im, dan selipar semua orang.
Semua pandang Ayep. Kenapa?
Mata Ayep dah bergenang.
“ Ayep tak nak pindah. Kalau tak ada kasut, kita tak leh keluar kan, Umi? Kalau tak leh keluar kita tak payah pindah kan Umi?”
Umi pandang mata Ayep yang dah berair. Dipeluk lembut.
“ Kalau tak ada kasut, Ayah tak boleh pergi kerja. Kak Cik tak boleh nak pergi kolej. Abang Im tak boleh pergi main bola. Ayep tak kesian ke kat diaorang?“ Lembut Umi mengusap air mata Ayep.
“ Ke.. si..an..” Terhenjut-henjut Ayep.
“ Tapi Ayep tak nak pindah!!!” Menangis kuat Ayep.
Encik Azlan yang panas jadi cair. Dia kesian dengan Ayep. Kepala Ayep diusap perlahan.
“ Abi kena kerja kat tempat lain. Nanti semua pindah , Ayep nak duduk dengan siapa?”
“ Ayep bo...leh du..dduk de..ngan Ei..syah “ Tergagap terhinjut dia membalas.
“ Eisyah nak ke duduk dengan Ayep? “ Abang Im menyakat.
Ayep menangis lagi kuat.
Kak cik dah cubit lengan Imran. Cari pasal lain hari lah..
“ Ayep, akak nak kasut akak sekarang, please... Esok akak bawak Ayep pergi pantai nak tak?” Kak Cik memancing.
Ayep geleng kepala. Tak nak.
“Kalau pergi dengan Eisyah sekali?” Imran menyambung
Ayep nak geleng kepala tapi bila terbayang dia dan Eisyah main ombak, bina sand castle, dia tak mampu untuk menolak. Bestnya kalau dapat cari siput . Lepastu boleh lawan siapa dapat kumpul seashell paling banyak dan cantik.
Perlahan-lahan Ayep mengangguk. Plastik hitam itu diserahkan. Dia senyum dan kembali tidur.
No comments:
Post a Comment