Ehem

Sorry. Cerita Masa tu kena hold kejap.
Jalan cerita memang dah ada. Cuma cerita tu a bit complicated. Hek. Tak delah complicated sangat, tapi macam panjang jugak lah.
Tapi sebab masa dan keadaan tak mengizinkan, tu tak sempat nak membuat transaksi daripada otak ke dalam komputer.

But still, masa study leave ni tiba-tiba rasa nak buat cerita.
Dan mestilah berkaitan dengan exam. Ehee.

Dia tak panjang pun . Macam cerpen pendek. Tapi next episode esok atau lusa atau tulat. ehe. sorry.
time kasih =)

6/12

Saturday, April 21, 2012

Masa 4



Almari yang terbuka ditenung lama.
Nak pakai apa eh?

Pakai Tee and jeans je lah. Nak jumpa Afiq je pun.

Laci bawah almari pula dibuka. Tudung bawal 2 helai tersusun rapi. Hitam dan putih.
Tudung hitam diambil. 
Alaa. Tak gosok lagi. Malasnya nak gosok.
Haa. Pakai selendang lah. Tapi kemudian matanya tertancap pada selendang cokelat disebalik baju-baju kotor di dalam bakul.
Alaaa.

Jam di tangan dikilas. Dah pukul 8.20malam. Lambat dah ni.
Blackberry warna pink hitam atas katil dah bergegar dengan gegaran yang kuat.

Afiq.

" Err.halo? " Aina bercakap perlahan. Ketar. Afiq mesti membebel.
Satu, dua, tiga ...

" Kat mana? Kenapa tak turun lagi. Janji lepas Isyak kan. Isya pukul 7.30pm kot. Sekarang dah pukul 8.20pm. Asal lambat sangat. Sampai bila nak jadi tak punctual macam ni? Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Tau tak berjanggut bermisai orang tunggu."

Kan dah kata. Kuasa bebelan Afiq ni memang awesome lah.

" Sorryy. Nanti Aina turun. "

" Nanti sampai bila. Nanti Aina tu macam 30 minit lagitau. Nanti lambatlah kalau gerak lambat. Nak order makanan lagi nak study lagi. Dah lah nak tunggu pak arab tu buat kerja lambat. Tak masuk lagi kalau jalan ... "

" Iyeee. Orang turun sekaranggg" Aina terus letak telefon.

Beg dan tulang humerus dari atas meja dicapai. Dan Aina terus berlari ke arah pintu.

See. His power of nagging is fantabulous.


---


Afiq dah berdiri tegak sambil memeluk tubuh di hadapan lif.
Kasut biru putih itu dihentak beberapa kali mengira waktu.

4,3,2,1, G
Ting.

Lif terbuka.

Dari pantulan cermin dalam if itu , terlihat seorang pemuda sedang sibuk memicit jerawat di hidung
Tak sedar lif sudah mencecah ke bumi.

Muka Afiq yang mulanya cemberut menahan geram kat Aina , terus berubah jadi merah.
Ketawa berdekah-dekah terhambur keluar.
"Apa picit jerawat hidung dalam lif? Takde tempat lain ke nak buat? Hahaha."

Budak lelaki dalam lif itu terus freeze.
Melihat lelaki specky dari pantulan cermin yang gelak meriah itu, tahulah dia bahawa aksi busuknya itu telah menjadi tontonan dan hiburan .

" Assalamualaikum bang " Budak lelaki itu tersengih macam kerang busuk sebelum masuk ke Kafe Sri Putera di tingkat bawah.

" Walaikumussalam.  Haa. Nanti nak makan basuh tangan dulu ye. Hahaha" Afiq gelak lagi. Terbayang lagi aksi picitan jerawat tersebut.

Tiba-tiba Afiq rasa bahunya disentuh dengan benda keras.
Afiq pusing belakang.

" Kenapa gelak tak ingat dunia ni?" Aina sudah sampai ditingkat bawah. Humerus ditangan kanan digawang-gawang ke udara.

" Aina nak bawa humerus pergi kedai makan macam tu je ke?" Afiq pandang pelik.

" Nak buat macam mana, beg orang tak muat. "

" Haish. Lari orang dalam restoran tu bila nampak kita bawa tulang manusia. " Humerus dari tangan kanan Aina itu Afiq ambil. Di masukkan dalam beg kertas putih Top yang terletak atas lantai.

" Waa. Banyaknya tulang. Kalau tau Afiq nak bawak, tak payah Aina nak susah bawa" Beg kertas putih yang penuh dengan tulang itu ditelek.

" Dah. Jom gerak. "

---


Green Plaza malam tu tenang je. Lampu yang dililit di pokok-pokok bersinar dengan gemilangnya.
Dengan keadaan tak ramai pengunjung seperti hari minggu, Green Plaza malam itu nampak sangat cantik.
Macam musim krismas tak pun macam taman lampu banyak-banyak kat Shah Alam ( Aku tak ingat nama dia apa)

Restoran Pizza Queen itu memang kosong tak ada orang.
Dan itu merupakan satu perkara yang sangat bagus untuk kami yang ingin mengenal tulang-tulang manusia.

Tempat di tepi kaca menjadi pilihan. Selepas pesanan di buat, mula lah sesi pengenalan and pengajaran subjek tulang dan otot oleh AfiqHazmi, top student tahun 2 University of Alexandria.

Sedang khusyuk mengajar dan diajar, tiba-tiba cermin Pizza Queen di sebelah mereka diketuk kuat.

Perempuan bertudung labuh hitam dibalik cermin itu memandang tajam .

Afiq angkat tangan suruh masuk.

" Boleh saya cakap dengan awak?" Suara tegas perempuan itu kepada Aina. Tangannya menarik perlahan tangan Aina.

" Ya?" Aina pun mengikut.

Di luar.

" Kenapa awak duduk berdua je ? " Perempuan bertudung labuh itu bertanya sambil mata memandang ke arah Afiq yang sedang sibuk menyusun makanan yang baru datang.

" Excuse me?" Aina tergamam bila diserang sedemikian.
Hello. Kitaorang bukannya duduk kat tepi tasik yang sunyi. Kat kedai makan kot. Kedai makan!!

" Korang dating eh?" Soalan straight ditanya?

" Mana ada. Orang belajar lahh. Lepastu makan pizza." Aina dah muka geram. Apa fitnah-fitnah ni?

" Berdua?" Angkat kening

" Taklah . Dengan waiter pizza tu sekali. " Aina bengang.

Perempuan di hadapan itu melepaskan nafas. kasar.
" And awak kenapa tak pakai tudung? Tak takut dosa ke? Mak ayah tak ajar eh?" Soalan laser diberi.

Aina terpana. Satu saat. Dua saat. Tiga saat.

" Damn you.Back off !" Dan Aina terus meninggalkan perempuan itu terpinga-pinga.

Sebaik sahaja punggung Aina mencecah kerusi,
" Bajet alim. Nak laser-laser orang. Nak fitnah-fitnah. Nak judge-judge. Nak ... SHIT.
Kalau perangai macam hantu tak payah pakai tudung lah. Bitch!"

Pizza yang hampir nak mencecah ke mulut terberhenti. Mata Afiq membulat.
Wow. Lama gila tak dengar curse dari mulut Aina.

Aina masih bengang. Panas. Tension.
Bila tension kena makan.

Pap.

Tangannya diketuk dengan sudu.

Ouch.
Sakitlahhhh.

Mata api membara pandang Afiq.
Orang lapar lah wehhh.

 A hungry man is an angry man.
An angry man is a hungry man.

Jangan sampai Aina makan orang depan dia ni.

Afiq senyum. Dia tahu mata kemarahan dan aura api disekeliling Aina. Tapi.
" Tak kira. Pergi basuh tangan dulu. Tangan penuh dengan Staph A pegang tulang beribu tahun ni, ada hati nak makan ?" Tangan Afiq menunjukkan arah sinki.

" Damn you. Membebel macam mak nenek . Takleh nak over lagi.  "  Aina terus bangun ke singki. Tapi mulut tetap membebel.

Lepas je basuh tangan, memang Aina makan dengan lahap semua atas meja tu. Tension punya pasal


Tak sampai setengah jam, pinggan dah licin dengan makanan. Aina dah tersandar kekenyangan.

Afiq tepuk tangan.

Aina blur. Apasal.

" Haha. Aina memang awesome. You finished 2 large pizza Shrimp and Super Supreme and lasagna."

" Tak yah nak hiperbola lah.Afiq pun makan kannn" Aina dah berang. Suka sangat nak over dia ni.

" Hello. Afiq makan 2 slice je. Aina makan 14 slice okay. Empat belas. Oh and lasagna too" Afiq dah gelak lagi.

" Fine. Nak lagi ke ? Aina boleh order." Sarkastik. Tapi tangan dah angkat panggil waiter.

Waiter datang dengan muka paling polite.
"Yes. May I help u?"

Aina sengih kejam.
"Can I please add ..

Afiq tau trik Aina.Pantas dia potong.
" Nope. We want the receipt OnLY . Now. Please."
Afiq tarik sengih.

Aina buat muka. Tau-tau je orang nak ketuk dia bayar lagi banyak.


Habis je bayar, Aina dan Afiq jalan-jalan di sekitar ruang tengah Green Plaza.

" Nak cerita?" Afiq angkat kening. Nak tahu apa yang perempuan tadi cakap yang sampai buat Aina yang biasa blur ni jadi berapi.

" Tak nak." Jeda.

Afiq senyum. Faham.

" Okay. Nak main lompat-lompat tak?"

" Takde mood"

" Nak tengok movie?"

" Membazir duit."

" Nak aiskrim.?"

" Nak. Tapi lepastu nak balik. "

"Okayy"


--

Sampai je bilik, Aina terus merebahkan diri ke katil.
Muka ditutup dengan selimut.
Air mata berjurai keluar.

Perempuan, kau tak faham

Kau tak faham.

Dan Aina tidur dengan air mata yang berbekas.





















2 comments:

  1. cerita sebenar atau karangan kreatif anda?
    menarik lahh :)

    ReplyDelete
  2. haha. the whole story of course bukan cerita sebenar.
    but maybe who knows ade yg terjadi betul2.
    tapi scene2 tempat, kat mesir. hee :D

    ReplyDelete